Soalan Lazim

Hubungi Kami

Maklum Balas

Peta Laman

Assalamualaikum

Page Title

Assalamualaikum

Definisi Haji dan Umrah

Definisi Haji

Haji adalah salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Haji ialah mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadah-ibadah tertentu menurut syarat-syaratnya. Hukum menunaikan ibadah haji adalah wajib sekali seumur hidup bagi yang berkemampuan.

Definisi Umrah

Umrah ialah mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadah-ibadah tertentu menurut syarat-syaratnya. Hukum menunaikan ibadah umrah adalah wajib sekali seumur hidup bagi yang berkemampuan.

Perbezaan antara umrah dan haji

Haji

Haji hanya boleh ditunaikan dalam bulan-bulan haji sahaja iaitu mulai dari 1 Syawal hingga terbit fajar pada 10 Zulhijjah.

Umrah

Umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun kecuali bagi orang yang berada dalam ihram haji. Ibadah umrah tidak perlu berwukuf di Arafah, Mabit di Muzdalifah dan Mina serta melontar di Jamrah.

Kelebihan Menunaikan Haji dan Umrah

Terdapat pelbagai kelebihan yang telah dijanjikan oleh Allah SWT bagi yang mengerjakan kedua-dua ibadah ini. Antara kelebihan-kelebihan tersebut ialah:

 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ حَجَّ هَذَا الْبَيْتَ فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقْ رَجَعَ كَمَا وَلَدَتْهُ أُمُّه

Bermaksud:

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melaksanakan ibadah haji semata-mata kerana Allah dan dia tidak menuturkan perkataan keji dan tidak melakukan kefasikan (keluar daripada  ketaatan) maka dia akan kembali seperti bayi yang baru dilahirkan ibunya (bersih daripada dosa).” (Riwayat Bukhari).

 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّة

Bermaksud:

Daripada Abu Hurairah RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Antara satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa antara kedua-duanya dan haji yang mabrur tidak ada baginya ganjaran melainkan syurga.”   (Riwayat Bukhari).

Peranan JAWHAR berkaitan Haji

Peranan JAWHAR berkaitan Umrah

Scroll to Top
Skip to content