Utama > Info Korporat > Profil JAWHAR
Profil JAWHAR
- Merancang, melaksana, memantau dan menyelaras pembangunan institusi Wakaf, Zakat, Mal dan Haji/Umrah agar dapat berfungsi dengan lebih berkesan dalam pembangunan sosio-ekonomi ummah;
- Merancang dan menyelaras keperluan serta keseragaman sistem perundangan bagi pembangunan institusi Wakaf, Zakat, Mal dan Haji/Umrah;
- Menjalinkan kerjasama pintar dengan agensi-agensi Kerajaan serta GLC/pihak swasta dalam pembangunan institusi Wakaf, Zakat, Mal dan Haji/Umrah;
- Menjalankan kajian serta penyelidikan, penerbitan dan penyelarasan mengenai isu dan program-program pembangunan khazanah umat Islam supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh ummah; dan
- Membantu dan memberi khidmat sokongan dalam pengurusan sumber manusia, kewangan dan ICT kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri dan agensi-agensi berkaitan.
โBersama Membina Tamadun Ummahโ
Motto JAWHAR menunjukkan harapan dan semangat JAWHAR dalam meningkatkan pembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi ummah. Bidang-bidang teras JAWHAR akan dibangunkan ke tahap yang lebih tinggi dan seterusnya menyumbang kepada pembinaan tamadun ummah yang cemerlang secara keseluruhannya dan di Negara ini. Sehubungan itu, warga JAWHAR akan sentiasa komited untuk melaksanakan program dan agenda ke arah pembangunan tamadun ummah ini.
โBersama Memantapkan JAWHARโ
Slogan JAWHAR pula membawa pengertian yang sangat mendalam. Slogan ini merupakan seruan kepada setiap warga JAWHAR agar sentiasa bekerjasama dalam setiap perancangan dan perkara yang dijalankan oleh jabatan agar hasil diperolehi adalah yang terbaik dan merupakan hasil paduan usahasama jitu daripada setiap warga. Hasil daya usaha yang berterusan ini mampu memberikan pencapaian yang terbaik dan seterusnya menyumbang kepada matlamat JAWHAR ke arah pembinaan tamadun ummah. Dalam melaksanakan tugasan dan tanggungjawab tersebut, setiap warga JAWHAR digesa untuk melaksanakannya dengan kaedah yang terbaik. Ia juga menunjukkan komitmen JAWHAR yang sangat mementingkan kualiti dalam setiap tindakan yang bakal diambil.
Di samping motto dan slogan, pembentukan jati diri warga JAWHAR turut disandarkan kepada penghayatan dan amalan beberapa nilai serta etika kerja yang dirangkumkan membentuk perkataan HIJRAH serta dijadikan falsafah pengurusan JAWHAR. Prinsip Hijrah ini diterangkan seperti berikut:
i.ย ย Hikmah
ii.ย ย Integriti
iii.ย Jati diri
iv.ย Responsif
v.ย ย Akrab
vi.ย Himah
SINGKATAN JAWHAR
Perkataan โJAWHARโ berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud permata yang berharga dan tinggi nilainya. Perkataan JAWHAR itu sendiri melambangkan harapan jabatan untuk menjadi sebuah agensi terunggul dan amat berharga seperti sebutir permata. Perkataan โJAWHARโ juga sesuai dengan aspirasi JAWHAR untuk menghasilkan outcome bermutu tinggi umpama sebutir permata yang amat bernilai, yakni suatu manifestasi keunggulan sebuah jabatan Kerajaan bertaraf dunia.
Perkataan JAWHAR juga melambangkan akronim kepada nama jabatan. JA ialah singkatan bagi perkataan Jabatan, huruf W mewakili Wakaf dan huruf H mewakili Haji. Zakat dan Mal diwakili oleh HAR yang disingkatkan daripada perkataan Harta iaitu asas kepada pembangunan sosio-ekonomi umat Islam.
ย
Akronim | Penerangan |
JA | Jabatan |
W | Wakaf |
H | Haji |
HAR | Zakat dan Mal, disingkatkan daripada perkataan Harta iaitu asas kepada pembangunan sosio-ekonomi umat Islam |