Soalan Lazim

Hubungi Kami

Maklum Balas

Peta Laman

Assalamualaikum

Page Title

Assalamualaikum

Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU)

Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) merupakan inisiatif Kerajaan yang telah ditubuhkan pada 28 Ogos 2014. Majlis ini diketuai oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 serta dianggotai oleh Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Luar Negeri (KLN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Kementerian Pengangkutan (MOT), Suruhanjaya Komunikasi dan Mulitimedia Malaysia (SKMM), Lembaga Tabung Haji (TH), Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera (BUMITRA).

Terma rujukan MKSU adalah seperti berikut :

  • Menetapkan mekanisme pengawalseliaan pengendalian pakej umrah.
  • Merancang pelaksanaan kempen kesedaran kepada orang awam.
  • Memantau status penguatkuasaan dan siasatan ke atas kes-kes penipuan secara bersepadu.
  • Memantau pelaksanaan prosedur operasi piawai (SOP) yang disediakan oleh MATTA dan BUMITRA terhadap pengendalian pakej umrah.
  • Memantau pelaksanaan standard perkhidmatan syarikat pengendalian pelancongan dan agensi pengembaraan dalam mengendalikan pakej umrah.

Kerajaan amat komited dan merangka strategi bagi menangani isu berkenaan umrah kerana membabitkan soal agama dan kemasalahatan umat Islam. MKSU telah ditubuhkan untuk memberi fokus utama terhadap kawalan kes penipuan umrah dengan memperkenalkan syarat-syarat yang lebih ketat termasuk memperkenalkan lesen khas atau ‘sub license’ bagi syarikat pelancongan yang ingin menawarkan pakej umrah. Harga minimum pakej umrah juga telah ditetapkan pada kadar RM4900.

Selain itu, Kerajaan juga telah mengambil langkah-langkah bagi menyampaikan maklumat berkaitan umrah agar kesedaran masyarakat dapat ditingkatkan dan kes penipuan umrah dapat dikurangkan. Antara langkah tersebut adalah dengan membangunkan portal i-umrah bagi rujukan setempat berkaitan panduan pemilihan agensi pengelola umrah. JAWHAR telah membangunkan portal ini yang dapat dijadikan rujukan masyarat dan umat Islam di Malaysia.

 

FAQ berkaitan MKSU

MKSU telah ditubuhkan pada 28 Ogos 2014.

MKSU merupakan inisiatif Kerajaan yang memberi fokus utama terhadap kawalan kes penipuan pakej umrah dengan memperkenalkan syarat-syarat yang lebih ketat termasuk memperkenalkan lesen khas atau ‘sub license’ bagi syarikat pelancongan yang ingin menawarkan pakej umrah. Majlis ini diketuai oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (AIP). MKSU bertanggungjawab dalam:

  • Menetapkan mekanisme pengawalseliaan pengendalian pakej umrah.
  • Merancang pelaksanaan kempen kesedaran kepada orang awam.
  • Memantau status penguatkuasaan dan siasatan ke atas kes-kes penipuan secara bersepadu.
  • Memantau pelaksanaan prosedur operasi piawai (SOP) yang disediakan oleh MATTA dan BUMITRA terhadap pengendalian pakej umrah.
  • Memantau pelaksanaan standard perkhidmatan syarikat pengendalian pelancongan dan agensi pengembaraan dalam mengendalikan pakej umrah.

MKSU dianggotai oleh pelbagai agensi badan persatuan yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak langsung dalam mengendalikan isu berkaitan pakej umrah. Keahlian Majlis adalah seperti berikut :

i.          Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) – Pengerusi
ii.         Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Jabatan Perdana Menteri (JAWHAR)
iii.         Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunan (KPDNKK)
iv.        Kementerian Luar Negeri (KLN)
v.         Polis Diraja Malaysia (PDRM)
vi.        Kementerian Pengangkutan (MOT)
vii.       Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
viii.       Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)
ix.        Suruhanjaya Komunikasi dan Mulitimedia Malaysia (SKMM)
x.         Lembaga Tabung Haji (TH)
xi.        Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA)
xii.       Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera (BUMITRA)
xiii.       Agensi / Organisasi / Pertubuhan lain yang difikirkan sesuai.

Umrah merupakan pelancongan luar negeri (outbound) yang perlu dilesenkan dibawah Akta Industri Pelancongan 1992. Hanya syarikat yang mendapat lesen outbound sahaja boleh menjual pakej pelancongan luar negeri. Semakan lesen outbound boleh dibuat di:

Daripada kesemua syarikat yang mempunyai lesen outbound, sehingga Mei 2014, hanya 59 syarikat sahaja telah berdaftar dan diiktiraf oleh Kerajaan Arab Saudi untuk membawa Jemaah Umrah dari Malaysia. Senarai syarikat tersebut boleh dirujuk di:

Hanya syarikat pelancongan berlesen sahaja dibenarkan menjual pakej umrah. Syarikat tertakluk kepada AIP 1992 dan Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan (Perniagaan Pelancongan dan Perniagaaan Agensi Pengembaraan) 1992 yang perlu dibaca bersama. Akta boleh didapati di http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%2010/Akta_482.pdf

Di samping itu, Kerajaan Arab Saudi selaku Penjaga Dua Tanah Suci turut menetapkan peraturan-peraturan mereka sendiri yang perlu dipatuhi oleh syarikat-syarikat pelancongan yang membawa Jemaah Umrah.  Setakat ini hanya 59 syarikat sahaja telah berdaftar dan diiktiraf oleh Kerajaan Arab Saudi untuk membawa Jemaah Umrah dari Malaysia.

Jemaah Umrah dinasihatkan untuk merujuk kepada Kementerian Pelancongan, Bahagian Pelesenan Pelancongan untuk pengesahan syarikat pelancongan berlesen. Selain itu Jemaah Umrah turut dinasihatkan untuk menyemak senarai agensi pengendalian umrah yang telah disenaraihitamkan.

http://www.motac.gov.my/en/services/announcement/731-list-of-companies-licenses-revoked-due-to-involvement-in-umrah-package-fraud

Sewaktu mengumumkan penubuhan MKSU pada 28 Ogos 2014, YB Menteri Pelancongan telah memaklumkan bahawa harga minimum pakej umrah telah ditetapkan pada kadar RM4900. Sekiranya terdapat mana-mana syarikat berlesen yang menjual pakej pada kadar di bawah RM4900, syarikat tersebut hendaklah merujuk dan mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Pelancongan, Bahagian Pelesenan Pelancongan.

Sebagai seorang pengguna, sebelum sebarang pembayaran bagi pakej umrah dibuat, Jemaah Umrah perlu memastikan bahawa syarikat tersebut mempunyai lesen yang sah yang yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Lesen ini dikeluarkan kepada semua syarikat pelancongan berlesen  termasuklah kepada 59 syarikat yang telah mendapat pengiktirafan dari Kerajaan Arab Saudi. Sekiranya syarikat-syarikat berlesen ini menawarkan pakej di bawah RM4900, pengguna boleh juga merujuk kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Bahagian Pelesenan Pelancongan untuk mendapatkan pengesahan.

  • Pastikan iklan tersebut dikeluarkan oleh syarikat pelancongan yang berlesen dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (semak nombor lesen syarikat, jenis [inbound/outbound] dan tempoh sah)
  • Pastikan harga tersebut tidak kurang daripada RM4900. Sekiranya kurang daripada harga ini, dapatkan pengesahan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Tindakan di bawah undang-undang antara lain boleh diambil di bawah AIP 1992, Akta Polis dan Kanun Keseksaan. Sebarang aduan/laporan hendaklah dimajukan kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Bahagian Pelesenan Pelancongan.

Scroll to Top
Skip to content