Soalan Lazim

Hubungi Kami

Maklum Balas

Peta Laman

Assalamualaikum

Page Title

Assalamualaikum

Q&A Berkaitan Haji dan Umrah

FAQ Berkaitan Fungsi Haji di JAWHAR

FAQ FUNGSI HAJI JABATAN WAKAF ZAKAT DAN HAJI JAWHAR

FAQ Berkaitan Fungsi Umrah di JAWHAR

Q&A berkaitan Umrah

Jawhar merupakan sebuah jabatan di bawah Menteri Hal Ehwal Agama, Jabatan Perdana Menteri. JAWHAR merupakan singkatan daripada Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji.

Peranan JAWHAR berkaitan umrah adalah lebih tertumpu kepada perkara-perkara berkaitan ibadah umrah dan bukannya perkara-perkara mengenai pengurusan umrah dan dasar umrah di Malaysia. Hal ini telah diputuskan dalam Mesyuarat Kawal Selia Umrah yang dipengerusikan oleh YB Menteri Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Perkara-perkara berkaitan dasar umrah dan pengurusan umrah termasuk kawal selia umrah ia adalah tertakluk di bawah MOTAC secara langsung.

JAWHAR boleh membantu menjawab sebarang persoalan mengenai hukum hakam berkaitan umrah. Tuan/Puan boleh juga mengajukan sebarang persoalan mengenai hukum hakam umrah kepada pihak berkuasa agama di negeri-negeri, pejabat mufti, malahan golongan ulama/ustaz di Malaysia.

Sebagaimana yang telah dinyatakan antara bidang tugas JAWHAR lebih tertumpu kepada fiqh ibadah umrah sahaja. Justeru, dalam hal ini JAWHAR lebih menumpukan aktivitinya dalam memberikan kesedaran dan penerangan kepada masyarakat awam di Malaysia mengenai fiqh umrah. JAWHAR turut mengadakan kempen-kempen kesedaran kepada masyarakat Islam mengenai aktiviti penipuan umrah di Malaysia yang semakin berleluasa.

Program kesedaran ini dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun. Kebanyakan program ini dianjurkan secara bersama dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta ke seluruh negara, terutamanya di kawasan luar bandar. Semasa sesi peneranga, masyarakat awam Islam akan diberikan penerangan mengenai penipuan umrah, kaedah untuk mengenai taktik indidvidu atau syarikat yang melakukan penipuan, kaedah untuk mengelakkan diri daripada tertipu dan pihak-pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati diri mereka ditipu.

Tuan/Puan boleh mengemukakan sebarang pertanyaan mengenai lesen berkaitan umrah kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

MOTAC adalah pihak yang bertanggungjawab sepenuhnya mengawal selia syarikat pengelola umrah di Malaysia

Tuan/Puan boleh mengemukakan aduan kepada;

  1. Tribunal Tuntutan Pengguna (TTPM), atau
  2. Polis Diraja Malaysia (PDRM), atau
  3. Kementeri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC

Tuan/Puan boleh menyemak terlebih dahulu lesen syarikat tersebut dengan MOTAC dan perlu memastikan sama ada syarikat tersebut berdaftar dengan MOTAC atau tidak. Tuan/Puan juga perlu memastikan agar harga lantai pakej mengerjakan umrah bukan di bawah harga lantai yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Tuan/Puan juga hendaklah memastikan sebarang urusan pembayaran disertakan dengan resit bayaran yang sah dan atas nama syarikat pengelola umrah yang berdaftar dengan MOTAC, manakala urusan pembayaran hendaklah dilakukan di pejabat syarikat dan bukannya di premis seperti kedai makan, kedai kopi, bawah pokok, dalam kereta atau seumpamanya. Tuan/Puan turut dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pakej umrah yang menggunakan khidmat selebriti, individu setempat yang berpengaruh/terkenal atau tawaran pembiayaan sebahagian pakej umrah oleh individu tertentu yang belum/perlu dibuktikan kesahihannya.

Pelbagai modus operandi yang dilakukan oleh mereka ini. Antara yang dapat dikenal pasti ialah:

  1. Murah: Menawarkan harga pakej terlalu murah. Pelbagai sebab digunakan untuk menyatakan harga menjadi terlalu murah berbanding harga biasa
  2. Tajaan: Jemaah hanya membayar sebahagian kecil atau separuh daripada harga pakej yang ditawarkan kerana terdapat individu atas alasan yang pelbagai menaja secara sukarela sebahagian harga pakej
  3. Pengaruh: Menggunakan nama individu popular seperti selebriti dan agamawan bagi menyakinkan jemaah membeli pakej, sedangkan tiada perkaitan antara individu berkenaan dengan agensi
  4. Percaya: Terlalu mempercayai individu yang menawarkan pakej sedangkan individu tersebut tiada perkaitan dengan agensi. Bakal jemaah turut dimomokkan dengan cerita perjalanan jemaah sebelumnya yang selamat menunaikan umrah.
  5. MLM: Tawaran harga pakej yang murah atau percuma kepada mereka yang dapat menarik pembeli lain untuk membeli pakej yang murahdari agen atau agensi yang sama. Hanya perlu menunggu giliran.

Tuan/Puan boleh menyemak status syarikat tersebut dengan melayari laman web MOTAC di www.motac.gov.my atau pun boleh juga melayari portal i-umrah JAWHAR iaitu umrah.jawhar.gov.my.

Untuk makluman tuan/puan, JAWHAR tidak terlibat langsung mengenai penetapan kos mengerjakan umrah di Malaysia. Tuan/Puan boleh mengemukan persoalan ini kepada pihak MOTAC untuk penjelasan lanjut. Malahan kenaikan kos ini akan bergantung langsung mengenai keputusan Kerajaan Arab Saudi dan perkiraan lain lain kos yang berkaitan.

Para bakal jemaah hendaklah perlu sentiasa peka dan berwaspada mengenai kaedah terkini dan semasa untuk menunaikan pakej umrah di Mekah. Memandangkan para jemaah (terutamanya jemaah pertama kali mengerjakan umrah) masih memerlukan bantuan daripada syarikat pengelola untuk memudahkan urusan menunaikan umrah. Walaupun para jemaah boleh melakukan ibadah umrah secara individu, namun banyak perkara perlu difikirkan oleh para jemaah sebelum membuat keputusan melaksanakan ibadah umrah menggunakan visa pelancong/tourist visa.

Q&A berkaitan Badal Haji

Fungsi JAWHAR adalah memberi khidmat nasihat dan pandangan kedua serta maklum balas kepada YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) selaras dengan Peruntukan Akta Tabung Haji (Akta 535) mengenai isu-isu yang berkaitan perundangan, pelaburan dan pengurusan haji.

 

JAWHAR juga sedang menyediakan Garis Panduan Pengurusan dan Mekanisme Pemantauan Penipuan Badal Haji Di Malaysia bersama pakar-pakar yang berkaitan.

 

Di samping itu, JAWHAR juga menjalankan penyelidikan pengurusan dan pengendalian operasi haji serta mengumpul maklumat mengenainya. Selain itu, JAWHAR turut membantu menerbitkan bahan-bahan maklumat berkaitan fiqh ibadah Haji. Antara bahan berkaitan Haji yang diterbitkan adalah;

 

  1. Manual Pengurusan Dam Haji
  2. Manual Pengurusan Kesempurnaan Manasik
  3. Manual Pengurusan Haji Ifrad, Haji Tamattuk dan Haji Kiran
  4. Manual Pengurusan Badal Haji
  5. Jurnal berkaitan Penataran Fiqh Ibadah dan Fiqh Muamalah Haji

6.       Artikel berkaitan Penataran Fiqh Ibadah dan Fiqh Muamalah Haji 

Pakej/Borang Pemohon Badal Haji perlu mempunyai perkara-perkara seperti berikut:

 

  1. Nama Waris
  2. Nama Pembadal Haji/Syarikat
  • Akad Wakil
  1. Kadar Bayaran
  2. Alamat
  3. Nombor Telefon
  • No Resit
  • Tandatangan Waris
  1. Tandatangan Pembadal Haji
  1. Tiada satu peraturan dari sudut undang-undang
  2. Tiada dokumen perjanjian antara agensi dengan pembadal dan pemohon badal haji
  3. Kadar upah yang pelbagai dan terlalu murah
  4. Terdapat pelaksan badal haji melaksanakan badal haji untuk ramai
  5. Tiada entiti yang berkuasa untuk mengawal aktiviti badal haji di Malaysia dan Arab Saudi
  6. Pengeluaran sijil tanpa kepastian kesahihan badal haji
  7. Tiada aplikasi untuk memantauan pembadal haji
  8. Kurang pengetahuan pelaksanaan badal haji
  9. Meneliti kelayakan pemohon atau wakil pemohon dan pembadal haji
  10. Kriteria kesahan badal haji
  11. Perincian kos pelaksanaan badal haji
  12. Bayaran dan tukaran wang di Tanah Suci yang berubah
  13. Faktor perubahan perundangan kerajaan Arab Saudi
  14. Pembadal haji menggunakan jalan tikus
  15. Tiada pembuktian pembadal haji selesai melaksanakan badal haji
  16. Tiada penetapan harga lantai (minima)
  17. Tiada iklan yang diberi tauliah oleh pihak berwajib
  18. Promosi menggunakan orang yang berpengaruh seperti imam
  19. Sijil tauliah kepada pembadal haji
  1. Murah :

Tawaran harga pakej yang terlalu murah. Pelbagai sebab digunakan untuk menyatakan kenapa kos menjadi terlalu murah berbanding harga biasa

 

  1. Pengaruh :

Menggunakan nama agamawan untuk meyakinkan waris/wakil untuk membeli sedangkan tiada perkaitan antara individu berkenaan dengan agensi.

 

  • Percaya :

Terlalu mempercayai individu yang menawarkan pakej sedangkan individu tersebut tiada perkaitan dengan agensi. Waris/wakil juga dimomokkan dengan cerita pengurusan badal haji yang sempurna dan yang telah selamat menunaikan badal haji.

  1. Status Syarikat :

Syarikat berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta memegang lesen “outbound” dan “Lesen Khas Umrah yang mempunyai lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH)

 

  1. Harga Pakej :

Buat perbandingan harga dan pengisian pakej daripada beberapa syarikat berbeza atau bertanya pengalaman

 

  • Bayaran Ke Akaun Rasmi :

Jemaah perlu memastikan apa-apa bayaran berkaitan dimasukkan ke akaun rasmi syarikat dan bukan akaun individu/agen

 

  1. Resit Pembayaran :

Pastikan mendapat resit atau invois rasmi yang tertera nama syarikat, no pendaftaran syarikat dan bukan syarikat yang berlainan

 

  1. Urusan Di Pejabat :

Berurusan di pejabat rasmi agensi atau booth rasmi syarikat di mana-mana pameran

 

  1. Kandungan Pakej :

Pastikan kandungan pakej yang jelas dan difahami sebelum sebarang pembayaran dibuat

Q&A berkaitan Penipuan Haji Furada dan mekanisma Pemantauan

Apakah yang dimaksudkan dengan Visa Haji Furada?

Isu Penipuan pakej Haji Furada ini amat penting untuk diketengahkan kerana terdapat pengendali yang menjual VFH ini tidak berlesen, tidak pernah menguruskan atau tidak tahu cara untuk menguruskan urusan berkaitan haji. Keadaan ini menyusahkan para jemaah kerana mereka terpaksa menguruskan semua perkara secara sendiri. Jemaah haji pula perlu membayar penuh untuk mendapatkan visa dan ini boleh menyebabkan mereka tertipu dan jemaah tidak memperoleh visa walaupun telah membayar penuh

 

Lembaga Tabung Haji (TH) tidak bertanggungjawab menguruskan VHF sebaliknya ia diuruskan oleh agensi pelancongan umrah serta individu tertentu.TH hanya mengendalikan jemaah serta visa haji yang diperolehi secara rasmi.

 

Insiden 26 rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Jeddah pada tahun 2019 merupakan satu peristiwa yang membimbangkan. Perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi ia melibatkan individu yang ingin menunaikan Ibadah haji.

 

Umat Islam diminta supaya berhati-hati memilih syarikat yang mendakwa mempunyai kuota visa furada. Ini kerana bakal jemaah haji berdepan dengan risiko termasuk gagal mendapat penerbangan di saat-saat akhir.

 

Visa Furada adalah visa haji yang diperoleh dengan berurusan secara terus dengan Kedutaan Arab Saudi dan tidak membabitkan kuota haji rasmi sesebuah negara. Ia biasanya diberikan pada saat-saat akhir berdasarkan kekosongan yang ada.

 

Terdapat isu pembekal VHF membuat salinan pendua visa haji dengan menampal gambar jemaah lain hingga menyebabkan berlaku kes jemaah terkandas di lapangan terbang dan ini memang jelas menunjukkan pembekal tersebut mempunyai niat untuk menipu jemaah.

    1. Saranan kepada bakal jemaah agar mengenalpasti syarikat yang dipilih merupakan syarikat yang berdaftar dan memperoleh maklumat berkaitan syarikat daripada sumber yang betul. Hal ini kerana risiko penipuan berkaitan VHF akan berlaku jika tidak diselidiki terlebih dahulu. Jemaah perlu mengambil masa untuk menyelidik dan berhati-hati ketika membuat pilihan kerana visa diproses beberapa hari sebelum tarikh dijadualkan berangkat. Kod siri visa juga boleh disemak di kedutaan Arab Saudi di Malaysia.

     

    1. Pihak JAWHAR juga sedang menyediakan satu garis panduan dan mekanisme pamantauan pengurusan VHF secara bersama dengan TH dan PJH bagi memudahcara pengurusan haji melalui VHF dengan lebih sistematik kerana VHF ini tidak boleh dibatalkan kerana keistimewaan ini dihadiahkan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.

     

    • JAWHAR akan mencari satu pendekatan yang boleh mendidik masyarakat seperti melaksanakan program bimbingan dan taklimat bagi menangani penipuan pakej Visa Haji Furada
Scroll to Top
Skip to content