Online Waqf
MEMBERI HARAPAN, MENERANGI HIDUP: WAKAF TUNAI!
Wakaf tunai adalah kaedah yang membolehkan anda menyumbang dengan sangat mudah pada masa kini. Dengan wakaf tunai, dengan pemberian sumbangan anda secara langsung dapat membantu meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan kebajikan ummah. Setiap sumbangan wakaf tunai anda membawa sinar harapan kepada mereka yang memerlukan. Sekecil mana pun sumbangan anda, ia memberi impak yang besar dalam mengubah kehidupan seseorang dan memperoleh pahala yang berkekalan.
Di sini, kami kongsikan 5 kaedah umum bayaran wakaf tunai dan pautan rasmi portal wakaf tunai untuk setiap Majlis Agama Islam Negeri bagi membantu dan memudahkan anda dalam berwakaf tunai. Dengan ini tiada lagi batasan masa atau lokasi, anda boleh menunaikan wakaf tunai di mana-mana dan pada bila-bila masa Sahaja.