Awam Kerajaan Warga JAWHAR

PENYAMPAIAN SUMBANGAN PERALATAN DAN KELENGKAPAN HOSPITAL DENGAN MENGGUNAKAN DANA WAKAF YAYASAN WAQAF MALAYSIA

Kuantan, 07 Mei 2021 | Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Pengarah JAWHAR, YBrs merangkap Naib Pengerusi Yayasan Waqaf Malaysia mewakili YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) selaku Pengerusi YWM menyampaikan sumbangan wakaf berbentuk peralatan dan kelengkapan hospital dalam membantu menangani krisis wabak Covid19 kepada Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Turut hadir adalah Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Dr Sarifuddin bin Saad, Timbalan Pengarah (Perubatan 2) HTAA dan Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Sumbangan berbentuk peralatan perubatan sebanyak 30 unit terdiri daripada ICU Bed, ICU Monitor, Syringe Pump dan Infusion Pump. Pembelian kesemua peralatan ini adalah menggunakan dana wakaf sumbangan orang ramai di bawah program P.U.L.I.H yang merupakan inisiatif di bawah Sijil Wakaf Tunai Kesihatan YWM.  Simbolik penyampaian sumbangan ini, Naib Pengerusi YWM telah menyerahkan mock cheque berjumlah RM496,500.00 kepada Dr. Sarifuddin bin Saad dan pada masa yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif YWM turut menyerahkan Garis Panduan Umum Pengurusan Aset Wakaf kepada Pengarah HTAA.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.46 Subuh 5.56 Syuruk 07.09 Zohor 13.22 Asar 16.47 Maghrib 19.30 Isyak 20.45
Arab Saudi
Malaysia
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 21 Oktober, 2021 @ 4:17 PM
Top