Soalan Lazim

Hubungi Kami

Maklum Balas

Peta Laman

Assalamualaikum

Page Title

Assalamualaikum

MESYUARAT ANTARA AGENSI SECARA MAYA (VIDEO CONFERENCE) BAGI MEMBINCANGKAN MENGENAI PERJANJIAN KERJASAMA DI ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN KERAJAAN ARAB SAUDI DI DALAM KEMASUKAN JEMAAH HAJI DAN UMRAH

Putrajaya, 10 Februari 2021 | YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Pengarah JAWHAR telah menghadiri mesyuarat antara Agensi secara maya (Video Conference) bertempat di Dewan Syura Utama Jannatul Fridaus(DSU), Aras 9, JAWHAR.

Mesyuarat yang di Pengerusikan oleh Setiausaha Bahagian Asia Barat, Kementerian Luar Negeri, YBrs. Tuan Suhaimi bin Jaafar bertujuan untuk membincangkan dan memperhalusi Perjanjian Kerjasama di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Arab Saudi di dalam Kemasukan Jemaah Haji dan Umrah. Turut hadir pegawai dari Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji(JAWHAR), Wisma Putra(KLN) , Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Lembaga Tabung Haji (TH) dan Malaysia Airports (MAHB).

Scroll to Top
Skip to content