Soalan Lazim

Hubungi Kami

Maklum Balas

Peta Laman

Assalamualaikum

Page Title

Assalamualaikum

KEMBARA SAHUR DI PUCHONG, SELANGOR

Selangor, 01 Mei 2021 | YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Pengarah, JAWHAR menghadiri program Ramadhan Karim kembara sahur bersama YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dengan kerjasama Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Integras iBerwawasan PSKIB, McDonalds memulakan program Kembara Sahur di sekitar Puchong, Selangor.

Juadah sahur dan pek barangan asas dapur diserahkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, IPD Serdang dan Subang serta sukarelawan yang hadir. 100 pek sumbangan yang di serahkan untuk kelompok sasar seperti oku asnaf warga emas yang memerlukan bantuan, kelompok B40 dalam kalangan polis dan bomba. 5 buah rumah yang di lawati serta menyerahkan pek barangan asas dapur dan juadah sahur, manakala 40 buah rumah di sekitar Puchong akan menerima bantuan yang sama sepanjang program ini berlangsung. Turut hadir Prof. Madya Dr. Amin bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM.

Scroll to Top
Skip to content