index
Untitled Document

Pemakaian baju batik setiap hari KHAMIS diwajibkan kepada semua kakitangan berkuatkuasa mulai 17 Januari 2008.

AKAN DIADAKAN PADA 10 NOVEMBER 2008 DI DATARAN WAKAF.

PROGRAM KE ARAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN CINTAILAH NEGARA KITA DIADAKAN MINGGU PERTAMA SETIAP BULAN BERTEMPAT DI DATARAN PERDANA, BANGUNAN PERDANA PUTRA, PUTRAJAYA.

MENTERI
PERUTUSAN KETUA PENGARAH
PENGENALAN
CARTA ORGANISASI
BAHAGIAN
MERCU TANDA
 
 
 
"Ingat lima perkara sebelum lima perkara....."
 
 
   PENGUNJUNG
 
 
TEKAN PAPAN KEKUNCI '*'
ATAU 'SHIFT+8'UNTUK
KEMBALI KE LAMAN UTAMA
 
 
 
WAKAF

Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jualbeli, pewarisan, hibah dan wasiat disamping mengekalkan sumber fizikalnya (ain).

Wakaf merupakan suatu pemilikan yang tidak sempurna kerana pemilikan ain (benda yang diwakafkan)  adalah kerana Allah S.W.T atau dihukumkan sebagai milik Allah S.W.T  Adapun manfaat atau hasil wakaf itu kepunyaan Maukuf Alaih iaitu pihak atau jihah atau orang yang ditentukan menerima manfaat wakaf.

 
 

Wakaf  adalah suatu pemberian atau sumbangan ikhlas sebahagian daripada harta yang dimiliki untuk kepentingan dan kesejahteraan umum yang dibenarkan oleh syarak.

Harta wakaf boleh menyumbang dalam pembangunan sosio-ekonomi ummah contohnya  mendirikan projek komersil seperti hotel wakaf, pusat-pusat perniagaan, projek sosial seperti rumah anak yatim, pusat perlindungan dan lain-lain  selagi tidak  bercanggah dengan hukum syarak.

Dalil galakan dan ganjaran kepada perwakaf.

Firman Allah S.W.T;

“Bandingan (perbelanjaan derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah seperti sebiji benih yang tumbuh  dan menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan(ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah amat luas (rahmat) kurniaNya lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.
                                                (Surah al-Baqarah: ayat 261)

          

                     

    Hadith riwayat Muslim ;           

          

عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ( إذا مات الإنسان  انقطع  عنه عمله  إلا من ثلاثة  صدقة جارية  أو علم ينتفع  به أو ولد
 صالح يدعو له
)

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullullah S.A.W. telah bersabda “Apabila mati anak Adam akan terhentilah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkannya atau anak yang soleh yang mendoakannya”.

Bahagian Wakaf terbahagi kepada dua:

  • Wakaf Ahli (Wakaf Keluarga):

Iaitu wakaf yang memberi manfaat kepada keturunan maukuf alaih seperti anak,cucu dan seterusnya. Contoh, “Saya mewakafkan kesemua harta saya kepada anak cucu dan keturunan saya untuk selamanya”.

  • Wakaf Khairi (Kebajikan):

Iaitu wakaf yang diperuntukan bagi tujuan kebajikan semata-mata. Wakaf Khairi terbahagi kepada 2 iaitu ;

i)          Wakaf Am;
Wakaf yang tidak dikhaskan oleh pewakaf kepada pihak tertentu. Contohnya seperti seorang mewakafkan sebidang tanah untuk kebajikan am. Dalam wakaf ini, Nazir Wakaf (Pemegang Amanah) mentadbirkan tanah tersebut untuk apa jua bentuk pembangunan yang boleh memberikan hasil sebaik mungkin tanpa terikat dengan jenis kebajikan/bentuk pembangunan tertentu. Manakala manfaatnya pula diagihkan kepada apa juga bentuk kebajikan am yang mana pahalanya berterusan kembali kepada pewakaf.

ii)       Wakaf Khas;
Wakaf yang manfaatnya dikhaskan kepada pihak tertentu sebagaimana yang di tentukan oleh pewakaf. Contohnya;

Wakaf rumah khas untuk anak-anak yatim,Wakaf kedai hasilnya dikhaskan kepada masjid atau surau atau madrasah tertentu sahaja dan Wakaf untuk masjid, surau, madrasah, tanah perkuburan dan sebagainya

Wakaf Am; Wakaf yang tidak dikhususkan oleh pewakaf.
Terdiri dari 5  wakaf iaitu ;

  • Wakaf Irsod

Wakaf bukan daripada pemiliknya, bahkan wakaf daripada Raja atau harta Baitulmal pada masarifnya atau wakaf yang dijadikan oleh pihak kerajaan seperti yang diwartakan sebagai tapak masjid , surau , sekolah agama, rumah kebajikan Islam. Anak-anak yatim, tanah perkuburan termasuk tanah perkuburan awam.

  • Wakaf  Saham

“Wakaf Saham” ertinya mewakafkan saham-saham syarikat perniagaan dengan belian atau saham-saham yang sedia ada.

  • Saham Wakaf

“Saham Wakaf” ertinya mewujudkan suatu wakaf musytarak melalui saham-saham dengan syarat-syarat wakaf atau yang kemudian daripadanya diwakafkan.

  • Wakaf Musytarak

Ialah penyatuan beberapa wakaf termasuklah wakaf yang diwujudkan melalui Istibdal dan saham wakaf.

    1. Wakaf Musya’

    Ialah mewakafkan apa-apa hak ke atas mana-mana harta yang dimiliki bersama yang tidak boleh dipecah bahagikan.

Syarat-Syarat Wakaf

Hendaklah dibuat secara kekal tanpa dihadkan untuk mana-mana tempoh tertentu. Bagi Wakaf Khas, tujuan dan maksud Wakaf hendaklah dinyatakan dengan jelas dan tidak sah Wakaf jika tidak dinyatakan tujuan dan maksudnya.Harta yang telah diwakafkan berkuatkuasa serta-merta, tidak boleh ditarikbalik, tidak boleh diubah-ubah tujuannya dan tidak boleh tertakluk kepada syarat-syarat lain sebaliknya, kecuali melalui pelaksanaan wakaf istibdal.

Rukun- Rukun Wakaf

Rukun-rukun wakaf terbahagi 4 perkara ;

  • Pewakaf (al-waqif)
  • Harta yang diwakafkan (al-mawquf)
  • Penerima manfaat Wakaf (al-mawquf ‘alaih)
  • Pernyataan Wakaf (al-sighah)

Syarat-Syarat  Pada Rukun Wakaf

i)        Syarat Pewakaf (al-waqif)

- Seorang yang merdeka, baligh lagi berakal, redha mewakafkan hartanya.

                   - Berkelayakan untuk bersedekah harta miliknya.
                   - Sukarela mewakafkan harta miliknya.

ii)       Syarat Harta yang diwakafkan (al-mawquf)

-  Harta yang diwakafkan berbentuk objek yang tertentu seperti    
   mewakafkan sebuah rumah. Mewakafkan manfaat sesuatu  
   harta tanpa objeknya tidak sah.

-  Harta yang hendak diwakafkan hendaklah milik pewakaf yang memberi manfaat atau faedah dan boleh dipindah milik.

-  Harta yang hendak diwakafkan boleh digunakan selama-
   lamanya

-  Penggunaan harta wakaf mestilah diharuskan oleh syarak.

iii)      Syarat Penerima manfaat Wakaf (al-mawquf ‘alaih)

  • Penerima khusus sama ada seorang atau lebih
  • Penerima tidak khusus, contohnya mewakafkan kepada golongan tertentu seperti golongan fakir.

iv)      Syarat Pernyataan Wakaf (al-sighah)

- Akad ialah kata-kata yang boleh difahami atau tulisan untuk sesuatu   tujuan wakaf samada wakaf am atau wakaf khas . Akad adalah wajib bagi mengesahkan wakaf.
 
                   -  Lafaz akad terbahagi dua bahagian:-

a)      Lafaz Soreh; lafaz yang jelas membawa maksud yang tertentu sahaja seperti “Saya mewakafkan rumah saya untuk orang-orang fakir”.

b)      Lafaz Kinayah;  lafaz yang membawa banyak maksud seperti “Hartaku adalah sedekah kepada fakir miskin”.

Hikmah Ibadah Wakaf

Hikmah-hikmah yang terdapat dalam ibadah wakaf  adalah ;

i)        Menzahirkan pengabdian diri kepada Allah SWT.
ii)       Mendekatkan diri dengan Allah.
iii)      Mendapat kebajikan yang berkekalan semasa hidup dan selepas pewakaf meninggal dunia.
iv)      Berkongsi manfaat di kalangan masyarakat Islam seperti membina masjid dan sekolah untuk menghidupkan syiar Islam dan aktiviti keilmuan.

  • Mengukuhkan perpaduan ummah.

Cara  Mewakafkan Harta

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan maklumat ibadah wakaf sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung terus dengan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) masing-masing.  Alamat adalah seperti di laman utama website ini.

Jabatan Wakaf Zakat & Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri  berperanan membantu Majlis Agama Islam Negeri membangunkan tanah wakaf. Melalui penyaluran peruntukan kewangan kerajaan persekutuan, JAWHAR dengan kerjasama MAIN merancang, membangun dan melaksana tanah wakaf di seluruh Malaysia.

 

 

 

Laman ini dibangun dan diselenggara oleh BTM JAWHAR
Paparan menarik IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768