Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Perutusan Ketua Pengarah

، السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ، الحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِينَ وَبِهِ نَسْتَعِين ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنِ اتَّبَعَ هُدَاهُ  إِلَى يَوْمِ الدِّين

Di kesempatan ini saya mengucapkan selamat datang ke Portal Rasmi Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi melayari portal JAWHAR.

Portal ini merupakan salah satu inisiatif JAWHAR untuk menyampaikan maklumat dan informasi kepada masyarakat dengan ciri-ciri yang lebih efektif dan mesra pengguna serta memberi gambaran sebenar mengenai fungsi, peranan dan tanggungjawab JAWHAR dalam menyelaras isu dan program pembangunan khazanah Umat Islam dalam bidang Wakaf, Zakat, Mal, Haji dan Umrah.

Justeru, dalam meneruskan Visi dan Misi JAWHAR, pembangunan portal ini akan menjadi saluran lebih mudah dan cekap dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap kerjasama yang di jalinkan oleh Agensi Kerajaan Persekutuan dengan Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri dalam memperkasa serta memajukan pembangunan sosio ekonomi ummah.

Dalam merentasi perkembangan arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan, JAWHAR selaku agensi agama peringkat persekutuan turut mengorak langkah memanfaatkan portal rasmi ini sebagai saluran interaktif dalam menyampaikan informasi kepada masyarakat.

Diharapkan agar maklumat yang dipaparkan dapat memberi gambaran sebenar mengenai fungsi, peranan dan tanggungjawab JAWHAR serta dapat difahami dengan mudah dan jelas.

Akhir kata, saya berharap semua pihak dapat mengenali JAWHAR dengan lebih dekat lagi dan saya amat mengalu-alukan sebarang pandangan serta cadangan bagi menambah baik perkhidmatan dan laman web JAWHAR. Semoga usaha dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dapat mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan JAWHAR.

Selamat melayari laman web JAWHAR.

Sekian terima kasih.

والسلام

Dato’ Selamat bin Paigo
Ketua Pengarah
Jabatan Wakaf Zakat dan Haji

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.46 Subuh 5.56 Syuruk 07.09 Zohor 13.22 Asar 16.47 Maghrib 19.30 Isyak 20.45
Arab Saudi
Malaysia
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 21 Oktober, 2021 @ 4:17 PM
Top