Awam Kerajaan Warga JAWHAR

PERMERKASAAN WAKAF DALAM PERUNDANGAN STRATEGI LAUTAN BIRU JAWHAR-JKPTG

DSC 0143

Putrajaya, 9 Mei 2014 – Satu kunjungan hormat dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Putrajaya yang diketuai oleh Encik Abdul Aziz bin Mohd Johdi Pengarah Seksyen Kajian Penyelidikan dan Pembangunan telah berlansung di Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR). Kunjungan muhibbah ini telah disambut mesra oleh Ketua Pengarah JAWHAR YBhg. Datuk Hj. Anan bin C. Mohd bersama Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR Tuan Haji Mu’az bin Hj. Zawawi, Pengarah Wakaf JAWHAR En. Azlan bin Abd Majid dan pegawai-pegawai daripada Bahagian Wakaf JAWHAR.

Pertemuan ini telah membincangkan beberapa perkara berkaitan tanah wakaf antaranya 10 resolusi yang telah dipersetujui semasa Seminar Transformasi Peletakhakkan Tanah Wakaf yang telah diadakan di Hotel Permaisuri Port Dickson Negeri Sembilan pada 2012 yang lalu dan data tanah wakaf serta data tanah wakaf kubur seluruh Malaysia. Di samping itu, kunjungan tersebut juga turut membincangkan kerjasama strategik lautan biru bagi kedua-dua pihak untuk memperkasakan wakaf dalam perundangan bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Peguam Negara.

DSC 0138

JAWHAR akan berkerjasama dengan JKPTG membantu MAIN sebagai pentadbir tanah wakaf bagi memajukan harta wakaf dengan cara terbaik bagi memastikan harta wakaf berkekalan dan mampu meningkatkan taraf sosio-ekonomi umat Islam bersesuaian dengan kaedah fiqh Tasarruf al-imam manutun bil’ maslahah ( tatacara pengurus mestilah mengikut kepentingan masyarakat). Bagi merealisasikan harapan tersebut satu bengkel telah dipersetujui akan diadakan bersama bagi membincangkan perkara tersebut secara lebih terperinci.

Di akhir kunjungan tersebut kedua-dua pihak telah bertukar-tukar cenderahati sebagai tanda ikatan muhibbah bagi mengeratkan lagi hubungan siratulrahim.

Disediakan  Oleh : Bahagian Wakaf, JAWHAR

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.46 Subuh 5.56 Syuruk 07.09 Zohor 13.22 Asar 16.47 Maghrib 19.30 Isyak 20.45
Arab Saudi
Malaysia
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 21 Oktober, 2021 @ 4:17 PM
Top