Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Mesyuarat Penyelarasan Program Zakat Bersama Main Dan Amz Bil. 2 Tahun 2016

IMG_4247

Putrajaya, 17 Mei 2016 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program Zakat bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) Bil. 2 Tahun 2016 bertempat di Bilik Gerakan JAWHAR, selaras dengan langkah-langkah mengoptimumkan perbelanjaan Kerajaan.

 

Mesyuarat ini adalah susulan kepada Mesyuarat Penyelarasan Program Zakat bersama MAIN dan AMZ Bil. 1 Tahun 2016 yang telah diadakan pada 15 hingga 17 Februari 2016 bertempat di Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

 

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Hj. Anan bin C Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR dan dihadiri oleh seramai 30 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil MAIN dan AMZ seluruh Malaysia serta para pegawai Bahagian Baitulmal JAWHAR selaku urus setia.

 

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi membincangkan gerak kerja penyelarasan dan pengukuhan pengurusan zakat bersama pihak MAIN dan AMZ seluruh Malaysia serta program-program yang berkaitan dengannya. Antara agenda utama yang telah dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah:

 

  1. Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan (BZK) dan Karnival Usahawan Asnaf (KUA) 2016;
  2. Program Konvoi Kembara Zakat (KKZ) 2016;
  • Penerbitan manual dan garis panduan berkaitan zakat;
  1. Penerbitan buku “al-Barakah” dan dokumentari “Ikon Asnaf” siri 2;
  2. Isu rebat cukai ke atas bayaran zakat oleh individu;
  3. Statistik kutipan dan agihan zakat seluruh Malaysia; dan
  • Penyelarasan kadar zakat fitrah seluruh Malaysia.

 

Semoga mesyuarat yang diadakan ini dapat meningkatkan lagi jalinan kerjasama dan hubungan silaturahim antara pihak JAWHAR, MAIN dan AMZ seterusnya memperkasakan lagi program-program pengukuhan institusi zakat di Malaysia demi kemaslahatan ummah, insya-Allah.

IMG_4245 IMG_4253

 

 

 

IMG_4252 IMG_4250

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.46 Subuh 5.56 Syuruk 07.09 Zohor 13.22 Asar 16.47 Maghrib 19.30 Isyak 20.45
Arab Saudi
Malaysia
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 18 Oktober, 2021 @ 11:47 AM
Top