Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Mesyuarat Penyelarasan Dan Bengkel Penyediaan Garis Panduan Kadar Uruf Pemakaian Emas Di Kalangan Wanita Islam

Melaka, 12 Mei 2015 –Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program Zakat Bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) Bil. 2/2015 bersekali dengan Bengkel Penyediaan Garis Panduan Kadar Uruf Pemakaian Emas di Kalangan Wanita Islam pada 12 hingga 14 Mei 2015 (Selasa – Khamis) bertempat di Hotel Swan Garden, Melaka.

Mesyuarat dan bengkel ini merupakan rentetan daripada Mesyuarat bagi Membincangkan Garis Panduan Uruf Pemakaian Emas di Kalangan Wanita Islam Seluruh Malaysia yang telah diadakan pada 21 April 2015 (Selasa) bertempat di Bilik Gerakan JAWHAR.

Tujuan mesyuarat dan bengkel ini diadakan adalah untuk membincangkan penyediaan Garis Panduan Kadar Uruf Pemakaian Emas di Kalangan Wanita Islam selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-107 yang telah bersetuju supaya satu garis panduan kadar uruf pemakaian emas di kalangan wanita Islam disediakan untuk penyelarasan di peringkat negeri.

Mesyuarat dan bengkel yang dianjurkan oleh Bahagian Baitulmal JAWHAR ini telah dihadiri oleh sekitar 40 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil MAIN, AMZ, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), barisan pakar rujuk dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta para pegawai JAWHAR selaku urus setia.

Semoga program seperti ini akan dapat meningkatkan lagi jalinan kerjasama dan hubungan silaturahim antara pihak JAWHAR, MAIN dan AMZ seterusnya menyelaras serta memperkasakan lagi program-program pengukuhan institusi zakat di Malaysia demi maslahah ummah, insya-Allah.

Disediakan oleh : Bahagian Baitulmal, JAWHAR

In writemyessay4me.org the usa, the last names of aguado or granados are rarely found.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.46 Subuh 5.56 Syuruk 07.09 Zohor 13.22 Asar 16.47 Maghrib 19.30 Isyak 20.45
Arab Saudi
Malaysia
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 15 Oktober, 2021 @ 4:59 PM
Top