Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Mesyuarat Pengukuhan Sumber Am & Bengkel Penyelarasan Portal e-Khairat

sm1

Putrajaya, 9 September 2015- Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah mengadakan Mesyuarat Pengukuhan Sumber Am bersekali dengan Bengkel Penyelarasan Portal e-Khairat pada 7 dan 8 September (Isnin dan Selasa) bertempat di Hotel Ibis Styles, Kuala Lumpur.

Mesyuarat Pengukuhan Sumber Am dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Anan C bin Mohd Ketua Pengarah JAWHAR dan telah dihadiri oleh seramai 30 orang wakil dari semua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) serta urusetia dari JAWHAR. Antara tujuan mesyuarat ini ialah untuk membincangkan perkara berkaitan pengukuhan sumber am. Mesyuarat juga membincangkan Resolusi Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2015 serta mengusulkan cadangan penubuhan satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa e-Khairat.

Manakala, Bengkel Penyelarasan Portal e-Khairat bertujuan memberi penerangan berkaitan Sistem e-Khairat kepada pegawai-pegawai MAIN dan JAIN termasuk peranan pentadbir sistem (JAWHAR/MAIN/JAIN) untuk mengawal selia keseluruhan operasi sistem dan pangkalan data Portal e-Khairat. Taklimat dan penerangan berkaitan portal ini telah disampaikan Encik Zamfitri A Rahman dan Encik Muhamad Ridzuan Sabli dari Seksyen Teknologi Maklumat JAWHAR. Pegawai-pegawai MAIN dan JAIN juga diberi latih amal berkenaan penggunaan portal ini. Mesyuarat dan bengkel yang dijalankan telah berjaya mencapai objektif yang digariskan.

Semoga program seperti ini akan dapat meningkatkan lagi jalinan kerjasama dan hubungan silaturahim antara pihak JAWHAR, MAIN dan JAIN seterusnya menyelaras serta memperkasakan lagi program-program pengukuhan sumber am di Malaysia demi maslahah ummah, insya-Allah.

sm sm

Disediakan oleh : Bahagian Baitulmal, JAWHAR

Terms brings personal interpretation to momentous source the written words and.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.46 Subuh 5.56 Syuruk 07.09 Zohor 13.22 Asar 16.47 Maghrib 19.30 Isyak 20.45
Arab Saudi
Malaysia
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 15 Oktober, 2021 @ 4:59 PM
Top