Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Yang Berbahagia Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan Mac 2012

Putrajaya, 21 Mac 2012 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah mengurusetiakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Yang Berbahagia Datuk Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK),  Jabatan Perdana Menteri bertempat di Auditorium Blok B1, Kompleks Jabatan Perdana Menteri. Majlis bermula pada jam 8.15 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Maju Sejahtera dan 1Malaysia yang dipimpin oleh kumpulan koir JAWHAR.

Pada perhimpunan ini, telah ditayangkan sebuah video khas mengenai penubuhan JAWHAR dalam pentadbiran Kerajaan Malaysia. Video bertajuk “JAWHAR, Bersama Membina Tamadun Ummah” ditayangkan bertujuan untuk menyingkap kembali sejarah penubuhan JAWHAR pada tahun 2004. Video ini juga turut mengetengahkan fungsi-fungsi JAWHAR melalui aktiviti yang dijalankan. Tayangan video ini telah mendapat pujian daripada YBhg. Datuk TKSUK JPM.

Pada majlis ini juga telah disampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada penerima-penerima Anugerah Pekerja Cemerlang bagi bulan Februari 2012, serta kepada kakitangan JPM yang telah bersara. Salah seorang pegawai JAWHAR telah turut dianugerahkan dengan  Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan JPM bagi bulan Februari 2012, iaitu Puan Aliza bt Ahmad.

 

Majlis diteruskan dengan penyampaian amanat oleh YBhg. Datuk TKSUK JPM. Dalam ucapannya, beliau menegaskan fungsi JAWHAR sebagai agensi kerajaan di peringkat Persekutuan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan hal ehwal wakaf, zakat dan haji di negara ini. Justeru, JAWHAR hendaklah meningkatkan usaha bagi memantapkan fungsi-fungsi tersebut melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti yang bersesuaian.

 

YBhg. Datuk TKSUK JPM turut menyentuh mengenai peranan golongan wanita dalam sektor awam negara ini. Menurutnya, wanita adalah asas dalam kehidupan berkeluarga yang membentuk masyarakat dan negara. Selain itu, pencapaian golongan wanita di negara ini pada hari ini adalah setanding dengan golongan lelaki dan ia membuktikan golongan wanita mampu bersaing secara positif dalam sektor Kerajaan mahupun swasta.

 

Sebagai penutup ucapannya, YBhg. Datuk TKSUK JPM menekankan tentang kewajipan berzakat ke atas setiap individu Muslim yang telah genap haul dan cukup nisab. Ini kerana pendapatan yang diterima pada setiap bulan bukanlah milik mutlak bagi seseorang individu, tetapi ianya adalah milik Allah yang memberi rezeki kepada hamba-Nya melalui gaji yang diterima pada setiap bulan. Majlis Perhimpunan bersama YBhg. Datuk TKSUK JPM berakhir pada jam 9.30 pagi.

Surprise, I am awakened not by pop over to this website the noise but by the silence, rudely

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.46 Subuh 5.56 Syuruk 07.09 Zohor 13.22 Asar 16.47 Maghrib 19.30 Isyak 20.45
Arab Saudi
Malaysia
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 15 Oktober, 2021 @ 4:59 PM
Top