Awam Kerajaan Warga JAWHAR

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA TYT DUTA ARAB SAUDI

Kuala Lumpur, 1 Disember 2020 – YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Pengarah JAWHAR,  telah menghadiri Majlis Makan Malam bersama TYT Duta Arab Saudi di Malaysia di Kediaman Rasmi, Jalan Ampang. Majlis bertujuan menjalin silaturrahim antara Kedutaan dengan JAWHAR, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen Malaysia dan Official : Lembaga Tabung Haji. Turut hadir Encik Mohd Azizan bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa, JAWHAR.

Majlis turut menyentuh beberapa perkara utama termasuk Inisiatif Laluan Mekah (Makkah Route) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Arab Saudi (KAS) pada 2017 dan Malaysia telah dipilih menjadi negara pertama menerima manfaat pelaksanaan inisiatif sehingga 2019.

Inisiatif bertujuan menawarkan pakej perkhidmatan khas dan istimewa KAS kepada para jemaah haji dari Malaysia. Perkhidmatan ini mencakupi semua aspek pelayanan termasuk khidmat Kaunter Khas Imigresen KAS di KLIA, penerbangan sewa khas oleh SAUDIA AIRLINES الخطوط السعودية, kenderaan pengangkutan setelah tiba dan pergerakan ke hotel penginapan serta ke destinasi lain, pelayanan penginapan dan semua jenis perkhidmatan untuk urusan haji sewaktu musim haji. Semua perkhidmatan ini ditanggung sepenuhnya oleh KAS.

KAS berhasrat meneruskan inisatif ini pada 2021 setelah ditangguhkan pada 2020. Malah KAS ingin memanjangkan tawaran inisiatif ini bagi pengurusan ibadah umrah yang dijangkakan akan bermula pada Mac 2021.

Oleh itu, pihak TYT Duta KAS telah mengemukakan satu Nota Diplomatik yang mengandungi dokumen cadangan dan MoU serta MoA kepada pihak Kerajaan Malaysia menerusi Wisma Putra dan KDN. Difahamkan inisiatif yang telah dilaksanakan pada 2017-2019 berdasarkan persetujuan bersama peringkat Menteri Dalam Negeri kedua-dua buah negara. Justeru, kali ini pihak KAS berhasrat untuk memuktamadkan inisiatif ini secara tuntas agar ia dapat dilaksanakan secara berterusan setiap tahun dan sepanjang tahun.

Pihak Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh KDN menerusi JIM telah mengambil maklum tentang hasrat tersebut serta Nota Diplomatik berkenaan dan akan membawa perkara ini kepada pengetahuan Menteri Dalam Negeri bagi beliau membincangkannya di peringkat Kabinet untuk diputuskan.

 

 

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.46 Subuh 5.56 Syuruk 07.09 Zohor 13.22 Asar 16.47 Maghrib 19.30 Isyak 20.45
Arab Saudi
Malaysia
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 15 Oktober, 2021 @ 4:59 PM
Top