Awam Kerajaan Warga JAWHAR

LAWATAN KERJA KE REPUBLIK INDONESIA

PENGUKUHAN AMALAN TERBAIK WAKAF DAN BAITULMAL

PADA 4 HINGGA 8 NOVEMBER 2012 JAWHAR telah mengadakan lawatan ke Republik Indonesia: Pengukuhan Amalan Terbaik Wakaf dan Baitulmal pada 4 hingga 8 November 2012. Seramai 19 orang pegawai termasuk pegawai-pegawai daripada MAIN, YWM dan JAKIM telah menyertai lawatan kerja ini yang diketuai olehY Bhg. Datuk Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR.

Objektif lawatan ini adalah bagi mendapatkan Best Practise dalam hal ehwal berkaitan pembangunan dan tadbir urus terbaik hartanah wakaf dan baitulmal di antara kedua-dua Negara disamping menjalin kerjasama dan bertukar-tukar maklumat dan pengalaman.

Rombongan delegasi JAWHAR ini telah membuat lawatan ke Kementerian Agama Republik Indonesia dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh Dirjen Bimas Islam, Prof. Dr. H. Abdul Djamil, MA berhubung perwakafan di Indonesia. Kemudian delegasi berkunjung pula ke Pejabat PP Muhammadian iaitu sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah berjaya menghidupkan budaya berwakaf di kalangan rakyat Indonesia dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh Prof. Dr. H.M Sirajuddin Syamsuddin.

Lawatan seterusnya ialah ke Universiti Muhammadiah Prof. Dr. Hamka (UHAMKA) dan mendengan taklimat yang disampaikan oleh Rektornya Prof. Dr. H. Suyatno, M.Pd berhubung perkembangan UHAMKA yang dibangunkan di atas konsep wakaf dan pengajiannya berasaskan Al-Quran dan Hadis.

Kemudian rombongan melawat pula ke Rumah Sakit Islam Jakarta Cempakaputih yang diuruskan oleh PP Muhammadiah dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh M. Jamaliddin Ahmad, Psi dan Dr. Prastowo Sidi Pramono, SpA.

Sebuah lagi pertubuhan NGO yang dilawati oleh delegasi JAWHAR ialah Nahdlatul Ulama dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh Prof. Dr. KH.Said Aqil Siraj. Lawatan terakhir yang dikunjungi ialah ke Badan Wakaf Nasional Indonesia iaitu sebuah Lembaga yang ditubuhkan oleh Kerajaan Republik Indonesia pada tahun 2007 dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh Bapa Haji Dr. Tolahah Hassan dan Dr. Djamil Khalil berhubung perjalanan Badan Wakaf Nasional.

Semua ahli rombongan amat berpuashati dan melahirkan rasa bangga kepada JAWHAR kerana telah Berjaya menganjurkan lawatan yang amat bermakna ini dan berharap satu lagi lawatan ke Negara jiran iaitu Republik Singapura dapat diaturkan oleh JAWHAR pada masahadapan memandangkan banyak kemajuan dalam bidang wakaf telah dicapai oleh Republik itu.

And small crystals of ice fall gently to the floor as I http://writemyessay4me.org/ tie a bow on each

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.46 Subuh 5.56 Syuruk 07.09 Zohor 13.22 Asar 16.47 Maghrib 19.30 Isyak 20.45
Arab Saudi
Malaysia
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 15 Oktober, 2021 @ 4:59 PM
Top