Awam Kerajaan Warga JAWHAR

JAWHAR Meriahkan Baling

Baling, 15 Februari – Perkampungan Sains, Teknologi dan Pendidikan Parlimen Baling 2008 telah berlangsung dengan jayanya dari 15 hingga 17 Februari 2008 di perkarangan Dewan Tun Abdul Razak, Baling, Kedah Darul Aman. Program seumpama ini mendekatkan lagi penduduk di Baling dan kawasan sekitarnya tentang perkembangan sains, teknologi dan pendidikan.

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) turut tidak ketinggalan dalam menyertai program ini dimana peranan JAWHAR di sini adalah untuk memaparkan fungsi-fungsi utama dalam pengurusan wakaf, zakat, mal dan haji di Malaysia. Dengan adanya pameran sebegini para pengunjung Baling dan kawasan sekitar dapat mengenali visi, misi, fungsi utama, dasar kualiti dan aktiviti yang telah dijalankan oleh JAWHAR.

Justeru itu, JAWHAR juga tidak lupa memberi cenderahati istimewa kepada warga Baling dan kawasan sekitarnya bagi menarik pengunjung datang ke balai pameran JAWHAR. Sehingga tamat program bilangan pengunjung JAWHAR yang berdaftar hampir mencecah 2000 orang.

Perkampungan Sains, Teknologi dan Pendidikan Parlimen Baling 2008 telah dirasmikan oleh Datuk Dr. Masitah Ibrahim pada 17 Februari 2008. YAB Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid tidak sempat untuk menghadiri perkampungan ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Tarikh : 19.2.2008
Sumber : Petugas JAWHAR
Editor :Muhamad Ridzuan Bin Sabli

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.46 Subuh 5.56 Syuruk 07.09 Zohor 13.22 Asar 16.47 Maghrib 19.30 Isyak 20.45
Arab Saudi
Malaysia
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 21 Oktober, 2021 @ 4:17 PM
Top