Awam Kerajaan Warga JAWHAR

JAWHAR INTELLECTUAL DISCOURSE (JID) BIL. 4/2015 “MANISNYA BERZAKAT”

Putrajaya, 15 Oktober 2015 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) sekali lagi telah berjaya menganjurkan program JAWHAR Intellectual Discourse (JID) bagi tahun 2015. Program ini yang merupakan kali keempat seumpamanya diadakan pada tahun ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tn. Ahmad Musadad bin Hj. Sulaiman , Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR. Program JID kali ini diadakan dengan tema “Manisnya Berzakat”.

YBrs. Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR dalam ucapan perasmiannya menekankan kepentingan dan hikmah berzakat.   Di akhir ucapan beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran para peserta dan seterusnya merasmikan JID Bil. 4/2015. Pembentang Kertas Kerja dalam JID Zakat pada kali ini ialah YBrs. Dr. Azman bin Ab. Rahman, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Islam Sains Malaysia (USIM) dan YBrs. Ustaz Hamizul bin Abd Hamid, Eksekutif Zakat (Dakwah), Lembaga Zakat Selangor.

 

Dalam pembentangan pertama, Dr. Azman telah mengupas tajuk “Zakat Penyubur Harta Penyuci Jiwa” yang isinya menyentuh mengenai definisi zakat dan pensyariatannya, sejarah zakat, hikmah dan rahsia berzakat, keberkatan berzakat, keistimewaan berzakat, peranan zakat dan realiti keengganan membayar zakat di Malaysia. Manakala dalam pembentangan kedua, Ustaz Hamizul bin Abd Hamid telah membentangkan tajuk “Zakat Diperkasa, Asnaf Berjaya.” Pembentang kedua banyak menegaskan hikmah berzakat dan membawa contoh tentang keadaan manusia yang meninggalkan berzakat termasuk Qarun yang ditenggelamkan bersama hartanya pada zaman Nabi Allah Musa as.

Penganjuran program ini mendapat maklumbalas yang baik daripada kakitangan Kerajaan di Kuala Lumpur dan Putrajaya yang merupakan sasaran utama program ini. Penyertaan juga diterima daripada kalangan peserta negeri Melaka dan Pahang. Secara keseluruhannya sejumlah lebih 400 orang peserta telah menyertai program JID kali ini.

jid4 111 jid4 103 jid4 084 jid4 014 jid4 140

Literature in spanish and english consequently has https://essayclick.net/ allowed me to further

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.46 Subuh 5.56 Syuruk 07.09 Zohor 13.22 Asar 16.47 Maghrib 19.30 Isyak 20.45
Arab Saudi
Malaysia
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 18 Oktober, 2021 @ 11:47 AM
Top