Awam Kerajaan Warga JAWHAR

HARI BERSAMA KETUA PENGARAH BULAN OKTOBER 2013

Perhimpunan Bulanan Bersama Ketua Pengarah JAWHAR bagi bulan Oktober telah berlangsung pada 25 Oktober 2013 bersamaan 20 Zulhijah 1434H dengan anjuran Bahagian Zakat.  Perhimpunan ini telah dihadiri oleh warga JAWHAR, Yayasan Wakaf Malaysia (YWM), warga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan warga Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Nasional (JPNIN). Majlis ini telah dihoskan oleh Puan Norlina Safidah Binti Mohammed Shafri , Penolong Akauntan Bahagian Zakat. Ianya dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan Asmaul Husna yang diiringi Kumpulan Koir JAWHAR. Bagi mendapat keberkatan dari Allah SWT, majlis ini diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Azizi bin Salleh dan disusuli dengan sesi pengumuman Anugerah Pekerja Contoh, Anugerah Miftahul Ilmi  dan Ulangtahun Kelahiran bagi bulan Oktober 2013.

 

Majlis diserikan lagi dengan penyampaian sijil Anugerah Pekerja Contoh bagi bulan September 2013 iaitu Encik Mohammed Siddiqui bin Mohamd Tarmizi dari Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia dan Anugerah Miftahul Ilmi kepada Puan Hafizah binti Abdul Shukor dari Bahagian Khidmat Haji. YBhg. Datuk Ketua Pengarah dan seluruh warga JAWHAR meraikan ulangtahun kelahiran warga JAWHAR dalam bulan Oktober dengan acara penyampaian kad ulangtahun kelahiran dan hadiah.

 

Majlis diteruskan dengan amanat daripada Y.Bhg Datuk Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR. Beliau mengambil peluang merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir khususnya kepada Bahagian Zakat atas usaha yang telah dilaksanakan untuk menjayakan majlis ini. Beliau memaklumkan bahawa, Bahagian Zakat mempunyai banyak aktiviti sepanjang tahun 2013 dan program terbesar pada 10 Disember 2013 ialah Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2013 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dimana ianya kerjasama Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) dan Agensi Mungurus Zakat (AMZ). Sehubungan itu, beliau memohon semua warga JAWHAR dapat membantu Bahagian Zakat bagi menjayakan program tersebut dengan jayanya. Beliau juga berbesar hati dengan kehadiran seorang selebriti yang begitu terkenal iaitu Ustaz Wan Akashah bin Wan Abd Hamid yang didatangkan khas oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Beliau juga berharap dengan slot Bersama Selebriti tersebut dapat memberi ilmu pengetahuan yang lebih baik mengenai kekeluargaan kepada semua warga JAWHAR.

 

Hari bersama Ketua Pengarah pada kali ini menjemput PPZ MAIWP untuk mempromosikan kempen bayaran zakat melalui potongan gaji untuk kakitangan di bawah agensi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM). PPZ MAIWP menyediakan  slot Bersama Selebriti,Ustaz Wan Akashah bin Wan Abd Hamid bagi menyampaikan ceramah bertajuk Tips Keluarga Bahagia. Wakil dari PPZ MAIWP iaitu Ustaz Mohd Jasri Mohd Nazar pula menyampaikan taklimat skim pelaksanaan potongan gaji zakat bagi kakitangan agensi di bawah menteri di JPM selepas slot Bersama Selebriti tersebut. Majlis diakhiri dengan sesi memotong kek dan nyanyian lagu ‘Allah selamatkan kamu’ kepada warga JAWHAR yang menyambut Hari Ulangtahun  bagi Bulan Oktober 2013.

 

Disediakan oleh: Bahagian Zakat, JAWHAR

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.46 Subuh 5.56 Syuruk 07.09 Zohor 13.22 Asar 16.47 Maghrib 19.30 Isyak 20.45
Arab Saudi
Malaysia
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 18 Oktober, 2021 @ 11:47 AM
Top