Public Government JAWHAR Staff

Majlis simbolik penyerahan bantuan barangan keperluan harian MusaadahCovid19

Kuala Lumpur, 2 Mei 2020 | YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Pengarah, JAWHAR telah menghadiri Majlis MusaadahCovid19 dengan kerjasama JAWHAR, YWM, MAIWP dan Perbadanan Wakaf Selangor, MAIS bertempat di Dewan PAC, Cheras, Kuala Lumpur.

Majlis simbolik penyerahan bantuan barangan keperluan harian bernilai RM5,000.00 melalui Dana Tabung Wakaf Bencana Covid19, YWM kepada 100 penduduk sekitar Cheras yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan wabak Covid19 disempurnakan oleh YB Senator Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir YBrs. Tuan Abdul Halim bin Mat Yusop, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YWM; dan Encik Ahmad Nizar bin Dato’ Mohamed Sani, Pengerusi Pertubuhan Jihad Ekonomi Melayu.

 

Prayer Time for Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & As Time With It

Imsak 5.46 Subuh 5.56 Syuruk 07.09 Zohor 13.22 Asar 16.47 Maghrib 19.30 Isyak 20.45
Arab Saudi
Malaysia
Contact JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Public Hotline
Telephone: +(6) 03-8883 7400
Fax: +(6) 03-8883 7406
Email: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistic
Last Updated: 21 October, 2021 @ 4:17 PM
You're Visitor Number: [wHitCounter]
Top