Public Government JAWHAR Staff

Majlis MusaadahCovid19

Selangor, 4 Mei 2020 | YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Pengarah, JAWHAR telah menghadiri Majlis MusaadahCovid19 dengan kerjasama JAWHAR, Yayasan Waqaf Malaysia dan Yayasan Taqwa MAIWP bertempat di Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor. Majlis simbolik penyerahan bantuan kepada 100 orang penduduk Minang, majoriti bekerja sebagai buruh yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan wabak Covid19. Sumbangan barangan keperluan harian bernilai RM5,000.00 melalui DanaTabung Wakaf Bencana Covid19, YWM ini telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Turut hadir YBrs. Tuan Abdul Halim bin Mat Yusop, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YWM; dan YBrs. Tuan Haji Zabidi bin Nasan, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa, MAIWP.

Prayer Time for Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & As Time With It

Imsak 5.46 Subuh 5.56 Syuruk 07.09 Zohor 13.22 Asar 16.47 Maghrib 19.30 Isyak 20.45
Arab Saudi
Malaysia
Contact JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Public Hotline
Telephone: +(6) 03-8883 7400
Fax: +(6) 03-8883 7406
Email: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistic
Last Updated: 21 October, 2021 @ 4:17 PM
You're Visitor Number: [wHitCounter]
Top