Public Government JAWHAR Staff

LAWATAN KE HARI KRAFT KEBANGSAAN 2012

Kuala Lumpur, 29 Mac 2012 – Puspanita JAWHAR telah mengadakan lawatan ke Hari Kraf Kebangsaan 2012 (HKK2012) bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Lawatan yang dianjurkan oleh Biro Pendidikan dan Seranta ini telah disertai seramai 28 ahli Puspanita yang diketuai oleh Pengerusi Puspanita JAWHAR, Datin Hajah Anita binti Hj. Mohd Yaacob.
 
Lawatan bermula pada jam 10.00 pagi di Kompleks Kraf Kuala Lumpur dengan sesi taklimat ringkas oleh Pegawai yang bertugas dan seterusnya sesi lawatan ke Muzium Kraf dan pameran jualan yang diketuai oleh Puan Nor Rashidah binti Ahmad selaku jurupandu.
 

Penganjuran kali ke 10 HKK2012 ini memaparkan konsep ‘Pop Art’ dengan mengetengahkan pembaharuan dalam penganjuran. Objektif penganjuran Hari Kraf Kebangsaan adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan terhadap penglibatan dan sumbangan usahawan dan penggiat kraf dalam membangunkan industri kraf negara serta meningkatkan pendapatan usahawan kraf sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

HKK2012 menampilkan tema “Kraf Penjana Ekonomi Rakyat” yang membawa maksud produk kraf bukan sahaja dapat digunakan untuk kegunaan harian malah ia boleh dijadikan satu perniagaan yang dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara, sekali gus dapat memakmurkan rakyat Malaysia.
 
HKK2012 disertai oleh lebih 500 usahawan seluruh Malaysia dan menghimpunkan hasil seni produk kraf tempatan yang berkualiti, berinovasi dengan rekaan motif-motif kraf yang terkini bagi kegunaan masyarakat tempatan dalam penggayaan hidup masa kini. Disamping itu, HKK2012 juga berjaya menarik pengunjung terutama kakitangan awam untuk hadir ke pameran ini dan memiliki pakaian batik selaras dengan arahan Kerajaan berhubung kewajipan pemakaian batik oleh penjawat awam ke pejabat pada setiap hari Khamis.
 

Sesi lawatan ini berakhir pada jam 1.00 petang. Lawatan ini merupakan aktiviti pertama Biro Pendidikan dan Seranta dan ia mendapat sambutan yang menggalakkan. Diharapkan aktiviti seumpama ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang dalam usaha mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli Puspanita JAWHAR.

Prayer Time for Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & As Time With It

Imsak 5.46 Subuh 5.56 Syuruk 07.09 Zohor 13.22 Asar 16.47 Maghrib 19.30 Isyak 20.45
Arab Saudi
Malaysia
Contact JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Public Hotline
Telephone: +(6) 03-8883 7400
Fax: +(6) 03-8883 7406
Email: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistic
Last Updated: 21 October, 2021 @ 4:17 PM
You're Visitor Number: [wHitCounter]
Top