Public Government JAWHAR Staff

Lawatan dan Perbincangan Wakaf oleh Tetuan Tawfeek Badjenid & Partners

18 Januari 2017, Putrajaya, JAWHAR telah menerima lawatan daripada Tetuan Tawfeek Badjenid & Partner yang merupakan sebuah firma guaman yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan pembangunan wakaf khususnya di negeri Pulau Pinang. Tujuan lawatan adalah untuk bertukar-tukar idea dan berkongsi pengalaman berkaitan dengan pembangunan hartanah wakaf di Malaysia.

Lawatan dan perbincangan ini telah diketuai oleh Tuan Ahmad Musadad Hj Sulaiman,Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR dan dihadiri sama pegawai-pegawai JAWHAR daripada Bahagian Wakaf manakala bagi pihak Tetuan Tawfeek Badjenid telah diketuai oleh Tuan Tawfeek Badjenid sendiri bersama pasukannya.

Semasa sesi perbincangan tersebut beberapa perkara berkaitan aspek undang-undang dalam pembangunan projek wakaf telah dibincangkan termasuk juga mengenai cadangan skim pembiayaan perumahan penjawat awam oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) ke atas pembelian rumah yang dibangunkan di atas tanah wakaf.

Di akhir sesi lawatan tersebut, JAWHAR telah merakamkan penghargaan kepada Tetuan Tawfeek Badjenid & Partner di atas usaha firma guaman tersebut bersama terlibat dalam pembangunan hartanah wakaf di Malaysia khususnya perumahan Taman Wakaf Seetee Aisah I di Pulau Pinang yang telah diduduki pada tahun 2012 yang lalu.

IMG_6739

IMG_6751

IMG_6757

IMG_6761

IMG_6763

IMG_6768

Prayer Time for Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & As Time With It

Imsak 5.46 Subuh 5.56 Syuruk 07.09 Zohor 13.22 Asar 16.47 Maghrib 19.30 Isyak 20.45
Arab Saudi
Malaysia
Contact JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Public Hotline
Telephone: +(6) 03-8883 7400
Fax: +(6) 03-8883 7406
Email: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistic
Last Updated: 21 October, 2021 @ 4:17 PM
You're Visitor Number: [wHitCounter]
Top