Public Government JAWHAR Staff

Bengkel Audit Dalaman MS 1900:2005 Dan ISO 9001:2008

Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa (BPKA) JAWHAR telah mengadakan Bengkel Audit Dalaman MS 9001:2008 di Institut Latihan Islam Malaysia Cawangan Timur (ILTIM) Besut, Terengganu. Bengkel ini telah diadakan pada 5 September sehingga 7 September 2016 dan seramai 30 kakitangan JAWHAR telah terlibat sebagai peserta. Antara objektif pelaksanaan bengkel tersebut adalah sebagai inisiatif kepada peserta untuk menimba ilmu dan meningkatkan pemahaman terhadap sistem pengurusan kualiti di JAWHAR serta merupakan persiapan Jabatan dalam mengadakan Audit Dalaman ISO dan memberi latihan kepada ahli Jawatankuasa Syariah.

jawhar-255 jawhar-267 jawhar-454

Tuan Haji Ali bin Borhan sebagai Konsultan telah memberikan kerjasama baik dalam mengendalikan bengkel tersebut. Antara modul yang dibentangkan dalam bengkel ini adalah pengenalan sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2008, pengenalan audit proses, penerangan mengenai keperluan audit dalaman dan prosedur audit dalaman JAWHAR, pembentangan senarai semak, pelaksanaan audit dalaman, pelaporan audit dalaman (ketidakpatuhan dan pemerhatian) serta penerangan mengenai peranan Jawatankuasa Syariah.

jawhar-303jawhar-272

Perasmian Penutup Bengkel telah dilaksanakan oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah JAWHAR pada 6 September 2016, jam 8.30 malam. Semoga segala ilmu yang diperolehi dalam bengkel yang dijalankan dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam persediaan mengadakan Audit Dalaman ISO 9001:2008 dan MS 1900:2005.

jawhar-403

jawhar-411

Prayer Time for Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & As Time With It

Imsak 5.46 Subuh 5.56 Syuruk 07.09 Zohor 13.22 Asar 16.47 Maghrib 19.30 Isyak 20.45
Arab Saudi
Malaysia
Contact JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Public Hotline
Telephone: +(6) 03-8883 7400
Fax: +(6) 03-8883 7406
Email: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistic
Last Updated: 2 December, 2021 @ 5:16 PM
You're Visitor Number: [wHitCounter]
Top