Awam Kerajaan Warga JAWHAR

BENGKEL PENYEDIAAN MANUAL PENGURUSAN MODEL PERUNDANGAN WASIAT (MPMPW)

Bengkel Penyediaan Manual Pengurusan Model Perundangan Wasiat (MPMPW) anjuran Bahagian Mal JAWHAR telah diadakan pada 12 hingga 14 Disember 2012 bertempat di Concorde Inn Kuala Lumpur International Airport, Sepang, Selangor.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Mohd Bakri bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Penyelarasan JAWHAR mewakili Ketua Pengarah JAWHAR. Bengkel ini adalah rentetan daripada Mesyuarat Penyediaan MPMPW yang telah diadakan pada 28 November 2012 di Bilik Gerakan JAWHAR.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk merangka satu model perundangan terbaik untuk dijadikan panduan serta rujukan dalam penggubalan dan penyeragaman Akta / Enakmen Wasiat Orang Islam di negeri-negeri yang masih belum mempunyai akta / enakmen berkaitan wasiat yang tersendiri.

Buat masa ini, hanya tiga buah negeri yang mempunyai Enakmen Wasiat Orang Islam iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Sepanjang tiga hari berlangsungnya bengkel ini, pakar-pakar rujuk yang terdiri daripada Prof. Madya Mohd Ridzuan bin Awang (Universiti Kebangsaan Malaysia), En. Ahmad Saruji bin Abdul Aziz (Kopsya Angkasa Berhad), En. Mohd Syahrizal Syah bin Zakaria (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), Pn. Noor Lizza binti Mohamed Said (Universiti Kebangsaan Malaysia), Ust. Indera Shahril bin Mohd Shahid (Majlis Agama Islam Selangor) serta wakil-wakil Majlis Agama Islam Negeri telah mencurahkan ilmu, maklumat, idea, saranan serta pengalaman yang sangat membantu dalam menjayakan penerbitan MPMPW ini.

Draf awal MPMPW telah disiapkan pada hari ketiga bengkel dan akan diberi pemurnian oleh pihak urus setia sebelum dikemukakan semula bagi tujuan semakan dan penambahbaikan oleh semua ahli bengkel.

Semoga dengan terhasilnya MPMPW ini akan dapat menyumbang dalam usaha pemerkasaan perancangan dan tadbir urus harta umat Islam di negara ini melalui instrumen wasiat, insya-Allah.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.46 Subuh 5.56 Syuruk 07.09 Zohor 13.22 Asar 16.47 Maghrib 19.30 Isyak 20.45
Arab Saudi
Malaysia
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 21 Oktober, 2021 @ 4:17 PM
Top