Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Bengkel Bagi Memuktamadkan Garis Panduan Kadar Uruf Pemakaian Emas Di Kalangan Wanita Islam Dan Manual Pengurusan Asnaf Al-Gharimin

Bengkel Siri 1 - 1

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah mengadakan Bengkel bagi Memuktamadkan Garis Panduan Kadar Uruf Pemakaian Emas di Kalangan Wanita Islam dan Manual Pengurusan Asnaf al-Gharimin sebanyak 2 siri, iaitu pada 11 Mac dan 29 April 2016 bertempat di Bilik Gerakan JAWHAR, selaras dengan langkah-langkah mengoptimumkan perbelanjaan Kerajaan.

Bengkel Siri 2 - 2 Bengkel Siri 2 - 1

Dua siri bengkel ini telah dihadiri oleh barisan pakar rujuk yang terdiri daripada YBrs. Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), YBrs. Dr. Rosbi binti Abd. Rahman dari Kementerian Kewangan Malaysia, Tuan Hj. Mazlan bin Abdullah dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), YBrs. Dr. Mat Noor bin Mat Zain dan Ustaz Anwar Fakhri bin Omar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta para pegawai JAWHAR selaku urus setia.

 

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mendapatkan pandangan dan cadangan penambahbaikan daripada semua ahli mesyuarat bagi mengharmoni seterusnya memuktamadkan draf akhir Garis Panduan Kadar Uruf Pemakaian Emas di Kalangan Wanita Islam dan Manual Pengurusan Asnaf al-Gharimin sebelum ia dikemukakan kepada pihak JAKIM untuk semakan dan pengesahan sebelum diterbitkan.

 

Dengan terbitnya garis panduan dan manual berkenaan, diharapkan agar kedua-duanya akan dapat menjadi garis panduan serta rujukan yang komprehensif kepada semua pihak berkaitan kaedah penentuan kadar uruf pemakaian emas di kalangan wanita Islam dan kaedah tadbir urus terbaik agihan zakat kepada asnaf al-gharimin di Malaysia, insya-Allah.

Bengkel Siri 1 - 2 Bengkel Siri 1 - 3

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.46 Subuh 5.56 Syuruk 07.09 Zohor 13.22 Asar 16.47 Maghrib 19.30 Isyak 20.45
Arab Saudi
Malaysia
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 21 Oktober, 2021 @ 4:17 PM
Top