Awam Kerajaan Warga JAWHAR

AWAS..!! PENIPUAN UMRAH DAN CARA PENYELESAIAN


ADUAN PAKEJ UMRAH

1. Layari laman web www.motac.gov.my/hubungi-kami/maklum-balas/aduan-awam

2. Sila emelkan aduan ke info@motac.gov.my

3. Sila failkan aduan di pejabat Pelancongan negeri.

4. Bagi tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) boleh dibuat secara online atau di pejabat TTPM negeri.

Langkah-langkah yang pengguna wajar lakukan:

1. Sila semak sebelum membeli pakej dan pastikan dari syarikat yg mempunyai lesen sah di www.jawhar.gov.my/umrah atau www.motac.gov.my sebelum pembayaran dibuat.

2. Sila teliti iklan, kos dan tawaran syarikat. Jika yakin pengguna boleh memilih syarikat tersebut dan pastikan bayaran pendahuluan dibuat di pejabat syarikat tersebut (bukan wakil) dan dapatkan resit atau bukti pembayaran.

Langkah-langkah sekiranya pengguna telah terpedaya:

1. Sila dapatkan semula deposit dari syarikat tersebut.

2. Sekiranya gagal sebagai pengguna berhak menuntut di bawah TTPM negeri yang boleh dibuat secara online.

3. Sila buat aduan ke info@motac.gov.my (MOTAC) dan polis.

Fungsi JAWHAR (awareness)

1. JAWHAR selaku ahli Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) berperanan sebagai jawatankuasa hebahan. MKSU dipengerusikan oleh YBM Pelancongan melalui kuasa Akta Industri Pelancongan 1992.

2. JAWHAR menyediakan panduan dan maklumat melalui portal i-umrah (www.jawhar.gov.my/umrah) sebagai panduan memilih syarikat dan sebelum bayaran dibuat.

3. Hebahan makluman ini adalah bagi kesedaran pengguna (awareness) untuk yang merangkumi muamalat dan ibadah.

Fungsi agensi lain (enforcement)

1. Kuasa lesen syarikat pelancongan adalah di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC). Segala aduan yang JAWHAR terima akan dihantar kepada MOTAC selaku pemegang Akta Industri Pelancongan. Jika sabit kesalahan syarikat boleh dibatalkan lesen.

2. Bagi kes penipuan pula adalah tertakluk di bawah kanun keseksaan Polis dan boleh dikenakan hukuman penjara.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.46 Subuh 5.56 Syuruk 07.09 Zohor 13.22 Asar 16.47 Maghrib 19.30 Isyak 20.45
Arab Saudi
Malaysia
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 15 Oktober, 2021 @ 4:59 PM
Top