Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Arahan Pentadbiran Tahun 2009

Bilangan 1/2009

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Mingguan Y. Brs. TKP akan mempunyai lima agenda tetap yang perlu dibincangkan seperti berikut:

  • isu-isu Mesyuarat Post-Kabinet;
  • isu-isu Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Baitulmal Kebangsaan;
  • isu-isu Mesyuarat Pengurusan JPM/TKSUK/TKSU;
  • isu-isu Mesyuarat Pengurusan JAWHAR; dan
  • isu-isu Pelan Strategik JAWHAR.

Mesyuarat Mingguan Y. Brs TKP tidak dibenarkan untuk membincangkan isu-isu berkaitan hal-ehwal polisi Jabatan. Isu-isu sebegini perlu dibincangkan di Mesyuarat Pengurusan JAWHAR. Sesalinan Minit Mesyuarat Mingguan Y.Brs. TKP perlu dikemukakan kepada Y. Bhg. Dr. KP JAWHAR.

 

Bilangan 2/2009

Penggunaan Bas JPM

Tarikh Kuatkuasa : 8 May 2009

Dimaklumkan bahawa JAWHAR TIDAK diluluskan untuk membuat perolehan bas eksekutif oleh JPM. Sehubungan ini, sebarang aktiviti luar Jabatan yang memerlukan penggunaan bas perlu meminjam bas dari JPM daripada menyewa bas persiaran yang akan menelan belanja yang besar. Ini adalah bagi menyahut saranan Kerajaan dalam mengamalkan langkah berjimat cermat.

 

Bilangan 3/2009

Tarikh Kuatkuasa : 1 April 2009

Dimaklumkan bahawa semua bahagian/unit perlu memberikan keutamaan serta perhatian serius untuk menyediakan maklumbalas LENGKAP SEGERA dalam tempoh sepuluh hari dari tarikh aduan diterima dari Biro Pengaduan Awam (BPA).Untuk makluman tuan/puan, Laporan Kes Aduan BPA dipengerusikan oleh Y. Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara sendiri dan akan dipantau secara berkala oleh pihak JPM. Y. Brs Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR telah dilantik sebagai Pegawai Pengendalian Aduan Awam JAWHAR pada 5/3/09 selaras dengan arahan Y. Bhg. Dato’ Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) JPM menerusi surat no. rujukan JPM.100-8/11/12(36) bertarikh 27 Februari 2009.

 

Bilangan 4/2009

Tempoh Masa Mesyuarat

Tarikh Kuatkuasa : 24 Julai 2009

Dimaklumkan bahawa Pengerusi Mesyuarat perlu menyatakan tempoh masa yang akan diambil bagi sesuatu mesyuarat pada permulaan mesyuarat. Ini adalah bagi membolehkan ahli mesyuarat merancang masa masing-masing untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti lain. Tempoh masa mesyuarat yang paling efektif dan produktif adalah lebih kurang sejam setengah ke dua jam.

 

Bilangan 5/2009

Cara Baru Dalam Melaksanakan Tugas

Tarikh Kuatkuasa : 19 Ogos 2009

Dimaklumkan bahawa penggunaan e-mel secara meluas perlu dilaksanakan oleh warga kerja JAWHAR dalam memperkenalkan cara kerja baru bagi memudahkan kerja. Antara lain kemudahan e-mel yang boleh digunakan adalah untuk mengedar surat/memo panggilan mesyuarat, minit mesyuarat, hebahan maklumat dan sebagainya. Warga JAWHAR juga adalah digesa untuk membudayakan cara baru dalam melaksanakan tugas masing-masing.

 

Bilangan 6/2009

Larangan Melayari Laman Web Berunsur Fitnah Di Pejabat

Tarikh Kuatkuasa : 19 Ogos 2009

Dimaklumkan bahawa warga JAWHAR adalah dilarang untuk melayari laman web yang berunsur fitnah dan lucah.

 

Bilangan 7/2009

Tempoh Masa Mesyuarat

Tarikh Kuatkuasa : 19 Ogos 2009

Dimaklumkan bahawa Pengerusi Mesyuarat perlu menyatakan tempoh masa yang akan diambil bagi sesuatu mesyuarat pada permulaan mesyuarat. Ini adalah bagi membolehkan ahli mesyuarat merancang masa masing-masing untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti lain. Tempoh masa mesyuarat yang paling efektif dan produktif adalah lebih kurang sejam setengah ke dua jam.

 

Bilangan  8/2009

Tempoh Masa dan Penyediaan Makan Minum

Tarikh Kuatkuasa : 5 Oktober 2009

Dimaklumkan bahawa urusetia Mesyuarat perlu menyatakan tempoh masa yang akan diambil bagi sesuatu mesyuarat dalam surat, memo atau e-mel panggilan mesyuarat. Ini adalah bagi membolehkan ahli mesyuarat merancang masa masing-masing bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti lain. Tempoh masa mesyuarat yang paling efektif dan produktif adalah lebih kurang sejam setengah ke dua jam. Pengerusi Mesyuarat perlu mematuhi tempoh masa yang ditetapkan seperti yang tertera dalam surat/memo/e-mel panggilan mesyuarat.Sehubungan ini, penyediaan makan dan minuman semasa mesyuarat perlu dibuat secara berhemah dan dikurangkan sewajarnya demi untuk mengurangkan perbelanjaan mengurus Jabatan.

 

Bilangan 9/2009

Menyatakan Alamat E-Mel Penandatangan Surat

Dimaklumkan bahawa tuan/puan perlu menyatakan alamat e-mel penandatangan surat tersebut seperti contoh berikut:

 

Sekian, terima kasih.

ﻭﺍﻠﺳﻼﻢ

“GEMILANG DIGILAP, TERBILANG DITEKAD”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

 

(AFZALINA BINTI AHMAD)

e-mel: drsohaimi@jawhar.gov.my

 

Bilangan 10/2009

Syarat-syarat Permohonan Pertukaran JAWHAR

Jabatan ini menyokong pertukaran tuan/puan dengan syarat-syarat berikut:

A)  Syarat – syarat WAJIB:

  • Mendapat kelulusan daripada penyelia dan Ketua Jabatan.
  • Pengganti di hantar serentak.
  • Kepentingan perkhidmatan di mana permohonan bertukar atas kepentingan dan kemakmuran Jabatan.
  • Pembangunan kerjaya pegawai.
  • Pemohon telah berkhidmat dengan Jabatan sekurang-kurangnya selama 3 tahun.

B) Alasan pertukaran perlulah munasabah seperti berikut:

  • Mengikut suami atau isteri;
  • Menjaga ibu bapa; dan
  • Masalah kesihatan pegawai atau keluarga pegawai (Perlu disertakan dokumen-dokumen perubatan oleh Doktor/Pakar Kerajaan); dan
  • Pemohon dinasihatkan memberi alasan/sebab pertukaran yang terperinci agar pertimbangan saksama dan adil sewajarnya dapat dibuat  oleh Jabatan.

C) Peraturan ini dikuatkuasa untuk semua skim perkhidmatan.

D) Pegawai/kakitangan adalah dilarang menggunakan apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar bagi menyokong permohonan mereka untuk bertukar atau sebaliknya (PP Bil.3/2004).

E) Pertukaran adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan.

 

Bilangan 11/2009

Permohonan Keluar Pejabat

Tarikh Kuatkuasa : 22 Disember 2009

Dimaklumkan bahawa tuan/puan perlu mengisi Borang Permohonan Keluar Pejabat sekiranya ada urusan peribadi yang perlu diselesaikan semasa waktu pejabat. Borang tersebut perlu diisi dan ditandatangani oleh tuan/puan serta mendapat kelulusan daripada Pengarah Bahagian / Ketua Unit masing-masing sebelum meninggalkan pejabat.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.46 Subuh 5.56 Syuruk 07.09 Zohor 13.22 Asar 16.47 Maghrib 19.30 Isyak 20.45
Arab Saudi
Malaysia
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 21 Oktober, 2021 @ 4:17 PM
Top