Awam Kerajaan Warga JAWHAR

AL-BARAKAH: KEMBARA ZAKAT SABAH

kkz 417

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan program Konvoi Kembara Zakat (KKZ) 2015 pada 8 hingga 11 November 2015 (Ahad hingga Rabu) bertempat di Kampung Matupang, Ranau dan Kampung Timbang Batu, Kota Marudu, Sabah. KKZ 2015 ini dengan tema “Al-Barakah: Kembara Zakat Sabah” merupakan program kali ke-4 yang telah dilaksanakan sejak tahun 2012 lagi.

Program KKZ 2015 ini adalah anjuran bersama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Pejabat Setiausaha Persekutuan (SUP) Sabah dengan kerjasama semua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) seluruh Malaysia, Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, Lembaga Tabung Haji (TH), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) serta agensi-agensi terpilih. Penyertaan KKZ 2015 adalah seramai 163 orang peserta dengan menggunakan 30 buah kenderaan pacuan empat roda (4×4) dan van.

Tujuan utama program KKZ 2015 ini diadakan adalah untuk mempromosikan JAWHAR selaku agensi penyelaras di peringkat persekutuan serta MAIN dan AMZ selaku agensi yang menguruskan zakat di peringkat negeri kepada umat Islam di seluruh Malaysia, dengan mengetengahkan program-program agihan zakat yang dilaksanakan oleh MAIN dan AMZ agar masyarakat mendapat maklumat mengenai peranan yang telah dimainkan oleh institusi-institusi zakat di Malaysia.

Selain itu, program KKZ ini juga bertujuan untuk berkongsi pengalaman sesama para peserta konvoi serta mengeratkan jalinan kerjasama dan persefahaman antara semua agensi terlibat terutamanya JAWHAR, MAIN dan AMZ sebagai entiti yang telah diberikan amanah untuk mengendalikan urusan berkaitan zakat di Malaysia. Ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan bagi melaksanakan program melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan lain-lain agensi kerajaan yang berkaitan.

Majlis Pelancaran (Flag-Off) KKZ 2015 telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj. Mohd Ariffin bin Mohd Arif, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah pada 9 November 2015 (Isnin) jam 9.00 pagi di perkarangan Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu. Selepas upacara flag-off, semua peserta KKZ 2015 telah berkonvoi menuju ke dua lokasi yang telah dipilih iaitu Kampung Matupang, Ranau dan Kampung Timbang Batu, Kota Marudu.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan di dua lokasi berkenaan adalah Majlis Perasmian KKZ 2015 serta Pecah Tanah Pusat Komuniti yang akan dibina untuk aktiviti dan manfaat masyarakat setempat di kedua-dua lokasi, majlis penyampaian sumbangan kepada masyarakat Islam terutamanya saudara baru (sinf muallaf) dan aktiviti ramah mesra bersama penduduk setempat. Program-program tersebut menggunakan dana zakat yang disumbangkan oleh semua MAIN dan AMZ yang terlibat serta agensi-agensi terpilih yang telah menyumbang.

KKZ 2015 telah mendapat respons yang sangat positif daripada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dan program yang amat bermakna ini wajar diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang demi memartabatkan syariat Islam dan memperkasakan sosioekonomi ummah di Malaysia.

Search for clues about my cultural origins more information here and I feel passionate

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.46 Subuh 5.56 Syuruk 07.09 Zohor 13.22 Asar 16.47 Maghrib 19.30 Isyak 20.45
Arab Saudi
Malaysia
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 15 Oktober, 2021 @ 4:59 PM
Top