index
Untitled Document

Pemakaian baju batik setiap hari KHAMIS diwajibkan kepada semua kakitangan berkuatkuasa mulai 17 Januari 2008.

AKAN DIADAKAN PADA 10 NOVEMBER 2008 DI DATARAN WAKAF.

PROGRAM KE ARAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN CINTAILAH NEGARA KITA DIADAKAN MINGGU PERTAMA SETIAP BULAN BERTEMPAT DI DATARAN PERDANA, BANGUNAN PERDANA PUTRA, PUTRAJAYA.

MENTERI
PERUTUSAN KETUA PENGARAH
PENGENALAN
CARTA ORGANISASI
BAHAGIAN
MERCU TANDA
 
 
 
"Ingat lima perkara sebelum lima perkara....."
 
 
   PENGUNJUNG
 
 
TEKAN PAPAN KEKUNCI '*'
ATAU 'SHIFT+8'UNTUK
KEMBALI KE LAMAN UTAMA
 
  WAKAF
 
  ZAKAT  
     
 

Dalam bahasa Arab, “Zakat” secara umumnya beerti pertambahan. Berasaskan pengertian umum ini, ia kemudiannya digunakan bagi banyak pengertian seperti cerdik, subur, jernih, berkat, kepujian, bersih dan lain-lain.

           Sebagai satu istilah dalam pengajian hukum Islam atau “Fiqh”, zakat bererti mengeluarkan kadar tertentu dari harta yang tertentu bagi faedah golongan yang berhak menerimanya, sebagaimana yang ditentukan oleh Allah. Dalam penggunaan lain, ia juga bererti harta yang dikeluarkan itu sendiri.

           Selain itu, perkataan zakat ada disebut dalam al-Qur'an dan al-Sunnah. Walau bagaimanapun, ia bukanlah satu istilah yang tunggal bagi sesuatu pengertian kerana al-Qur'an dan al-Sunnah juga menggunakan perkataan “sedekah“ bagi pengertian yang sama. Dalam al-Qur'an, misalnya Allah berfirman yang bermaksud:

           “Ambillah dari harta mereka sedekah (zakat) yang dengan itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka.“

Dalam hadith pula Rasulullah s.a.w bersabda:

           “Di bawah pada lima “ausuq“ tidak dikenakan sedekah (zakat)“

        Mengambil kira pengertian-pengertian di atas, sesetengah para fuqaha berpendapat “zakat“ dan “sedekah“ adalah dua perkara seerti atau sinonim. Al-Mawardi berpendapat bahawa “sedekah“ itu zakat dan zakat itu sedekah. Kedua-duanya berpisah pada nama, bersatu pada pengertian.

        Dalam bahasa Arab, “sedekah“, secara umumnya beerti memperkukuhkan sesuatu dengan sesuatu. Berdasarkan pengertian umum ini, ia kemudiannya digunakan bagi pengertian lain, seperti bersikap benar, berkawan, mas kahwin, pemberian dan sebagainya. Berdasarkan pengertian inilah, maka sesetengah para ulamak berpendapat bahawa sedekah pada asasnya dalam syariah Islam bererti konsisten antara tindak-tanduk dengan iktikad.

        Walau bagaimanapun, sama ada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu, sedekah tidak lagi digunakan bagi mengertikan zakat. Ia biasanya digunakan bagi mengertikan zakat. Ia biasanya digunakan bagi mengertikan pemberian secara sukarela kepada mana-mana pihak sahaja dengan tujuan untuk mendapat pahala dari Allah. Dengan kata lain, zakat mengertikan pemberian wajib, sementara sedekah mengertikan pemberian sunat.

Petikan dari
Konsep dan Objektif Zakat Dalam Islam
Oleh Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid

Laman ini dibangun dan diselenggara oleh BTM JAWHAR
Paparan menarik IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768