Awam Kerajaan Warga JAWHAR

ZAKAT DIHAYATI, ASNAF DITRANSFORMASI

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama-sama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) seluruh negara telah berjaya menganjurkan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Zakat dan Karnival Usahawan Asnaf Kebangsaan 2015 pada 8 Disember 2015 (Selasa) bersamaan 26 Safar 1437H bertempat di Dataran Pusat Islam Melaka. Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2015 ini dengan tema “Zakat Dihayati, Asnaf Ditransformasi” merupakan program kali ke-7 yang telah dilaksanakan sejak tahun 2008 lagi, manakala Karnival Usahawan Asnaf 2015 pada 8 hingga 10 Disember 2015 pula merupakan program kali pertama yang diadakan di peringkat kebangsaan.

   IMG_0243

Sebelum Majlis Perasmian berlangsung, program Ijtima’ Amil dan Asnaf Zakat Kebangsaan 2015 telah diadakan dengan Sesi Ceramah yang telah disampaikan oleh YBhg. S.S. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan dengan tajuk “Kewajipan Membayar Zakat Kepada Pemerintah (Ulul-Amri)”. Kemudian, program ini diteruskan lagi dengan Sesi Diskusi Zakat dengan tema “Zakat Dihayati, Asnaf Ditransformasi” yang dikendalikan oleh al-Fadhil Ustaz Ridzuan bin Awang (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) selaku moderator. Sesi Diskusi Zakat pada kali ini menampilkan tiga ahli panel iaitu al-Fadhil Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang Al-Idrus (Panel Tanyalah Ustaz TV9), Puan Sharifah Junaidah binti Syed Idrus (Tokoh Usahawan Asnaf Negeri Perak) dan Puan Rosna binti Hashim (Tokoh Usahawan Asnaf Negeri Melaka).

 IMG_0142

IMG_0189

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Zakat dan Karnival Usahawan Asnaf Kebangsaan 2015 telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg. Datuk Wira Hj. Yaakub bin Md. Amin, Timbalan Pengerusi MAIM mewakili YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka.

IMG_0273

Bagi menghargai jasa dan komitmen semua pihak yang terlibat dalam urusan zakat, Anugerah Zakat Kebangsaan 2015 telah disampaikan kepada tujuh penerima yang telah dipilih oleh Jawatankuasa Anugerah Zakat Kebangsaan, iaitu:

  • Anugerah Ikon Asnaf Kebangsaan (Akademik) yang diberikan kepada YBrs. Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramli dari negeri Perak;
  • Anugerah Ikon Asnaf Kebangsaan (Usahawan) yang diberikan kepada Encik Mohd Noh bin Zaini dari negeri Johor;
  • Anugerah Ikon Asnaf Kebangsaan (Usahawan Khas) yang diberikan kepada Encik Zulkapli bin Ahmad dari negeri Kelantan;
  • Anugerah Zakat Kebangsaan (Syarikat GLC) yang diberikan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka;
  • Anugerah Zakat Kebangsaan (Syarikat Sendirian Berhad) yang diberikan kepada Selia Selenggara Selatan Sdn. Bhd. dari negeri Melaka;
  • Anugerah Zakat Kebangsaan (Syarikat Awam Berhad) yang diberikan kepada Far East Holdings Berhad dari negeri Pahang; dan
  • Anugerah Inovasi Zakat Terbaik (Kutipan) yang diberikan kepada Lembaga Zakat Selangor.

IMG_0314IMG_0307IMG_0311

Bersempena dengan Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2015 juga, Karnival Usahawan Asnaf 2015 telah diadakan buat julung-julung kalinya di peringkat kebangsaan dengan menghimpunkan para usahawan asnaf zakat dari seluruh negara bagi tujuan promosi dan jualan produk asnaf zakat negeri masing-masing yang dibawa dan ditempatkan di gerai jualan mengikut negeri bertempat di Dataran Pusat Islam Melaka. Pelbagai produk yang diusahakan oleh para usahawan asnaf telah dibawa khas dari negeri masing-masing, antaranya produk makanan, pakaian, perhiasan, peralatan, kraf tangan, seni ukiran, kesihatan, kecantikan dan sebagainya. Ini merupakan satu bukti hasil usaha yang tidak kenal jemu oleh pihak MAIN dan AMZ di seluruh negara untuk mentransformasikan golongan asnaf supaya dapat berjaya dan keluar daripada kepompong kemiskinan.

IMG_0148

IMG_0147

Secara keseluruhannya, Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Zakat dan Karnival Usahawan Asnaf Kebangsaan 2015 telah berjalan dengan lancar dan jayanya serta telah mencapai objektif-objektif yang telah digariskan terutamanya dalam memperkukuhkan jalinan kerjasama di antara semua pihak yang berkaitan dengan pengurusan zakat di Malaysia seterusnya meningkatkan profesionalisme pengurusan kutipan dan agihan zakat di Malaysia. Program ini wajar diteruskan lagi pada tahun-tahun hadapan kerana ia merupakan satu platform penting dalam usaha membuka mata masyarakat tentang kepentingan institusi zakat khususnya bagi membantu memperkasa sosioekonomi umat Islam di Malaysia melalui dana zakat.

Statement placed at the beginning of the writemyessay4me.org essay!

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 25 November, 2020 @ 5:01 PM
Top