Wasiat Dan Hibah: Pengurusan Berkesan Dan Salah Faham Masyarakat
Putrajaya, 25 Ogos 2020 | Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah melaksanakan JAWHAR Intellectual Discourse bertempat di Bilik Seminar, Aras 8, JAWHAR. Program anjuran Bahagian Baitulmal menampilkan al-Fadhil Ustaz Mohammad Salleh bin Abdul Saha, Ketua Unit Pemasaran Sektor Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor selaku penceramah yang berpengalaman luas dalam pengurusan wasiat dan hibah.