Awam Kerajaan Warga JAWHAR

WANG ZAKAT : DI MANA HAK AL-GHARIMIN (PENGHUTANG)?

jid

Bahagian Zakat dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan dan Penyelarasan, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah menganjurkan JAWHAR Intellectual Discourse (JID) Bil.1/2013 pada 28 Februari 2013 di Auditorium EA, Kompleks E, Putrajaya. JID yang bertemakan “Wang Zakat : Di Mana Hak Al-Gharimin (Penghutang)?”. Tema kali ini dipilih bagi menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat  mengenai fungsi dan sumbangan zakat dalam membantu menyelesaikan permasalahan masyarakat Islam khususnya dalam hal agihannya kepada golongan asnaf Al-Gharimin ataupun penghutang. Program yang berlangsung selama setengah hari ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Anan Bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR dengan menampilkan tiga orang pembentang kertas kerja berpengalaman yang terlibat secara langsung dalam pengurusan agihan zakat.

Program ini dimulakan dengan pembentangan kertas kerja pertama oleh YBrs. Tuan Haji Nik Mohamed Noor Bin Nik Ishak, merangkap Ketua Pegawai Baitulmal Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dengan tajuk “Agihan Zakat Kepada Al-Gharimin : Pengalaman MAIK ”.

Kertas kerja kedua pula dibentang oleh YBrs. Ustaz Ahmad Saifuddin Bin Haji Md Tahir, merangkap Ketua Unit Siasatan Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Kertas kerja yang dibentang beliau bertajuk “Agihan Zakat Kepada Al-Gharimin : Pengalaman MAIWP ”.

Pembentangan kerta kerja yang ketiga telah dibentang oleh YBrs. Ustaz Hamizul Bin Abd Hamid merangkap Eksekutif Zakat (Komunikasi Korporat) Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan tajuk pembentangan beliau “Siapa Al-Gharimin Dari Segi Syarak Dalam Perspektif Masa Kini Di Malaysia”.

Sesi pembentangan berlangsung selama 3 jam dan diikuti dengan sesi dialog di antara tetamu bagi memberi laluan kepada peserta mengutarakan pandangan dan mengemukakan soalan.

Majlis ilmu ini telah dihadiri seramai 400 orang peserta dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta yang hadir. Peserta yang hadir terdiri dari pegawai dan kakitangan awam/swasta sekitar Putrajaya, dari Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN), Agensi Mengurus Zakat (AMZ), serta ahli akademik.. Majlis berakhir jam 12.45 tengahari dengan sesi penyampaian cenderahati oleh Pengarah Zakat, Dr. Rosbi Binti Abd. Rahman kepada pembentang-pembentang dan jamuan makan tengah hari.

Majlis ilmu JID ini merupakan program berkala mengupas 4 teras utama di JAWHAR iaitu, Wakaf, Zakat, Mal dan Haji. JAWHAR amat mengharapkan agar majlis ilmu seperti ini akan terus mendapat sokongan dan sambutan dari lebih ramai pegawai dan kakitangan jabatan serta agensi Kerajaan/Swasta di sekitar Putrajaya serta MAIN dan AMZ seluruhnya.

jid

jid

jid

jid

jid

jid

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top