Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Mesyuarat Jalinan Kerjasama Sinergi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Malaysia dengan JAWHAR

wakaf012b

7 Jan 2014. Putrajaya. Mesyuarat Jalinan Kerjasama Sinergi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Malaysia dengan Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) Jabatan Perdana Menteri dilihat sebagai satu usaha positif dalam memperkukuhkan dan memperkembangkan wakaf di Malaysia dalam pembiayaan projek pembangunan menggunakan instrument-instrumen dalam pasaran modal Islam di masa depan.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JAWHAR dan dihadiri sama Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR serta pegawai-pegawai JAWHAR manakala pegawai daripada Sekuriti Malaysia (SC) Malaysia diketuai oleh Dr. Md Nurdin Ngadimon, Ketua & Timbalan Pengurus Besar Jabatan Syariah, En. Syed Azhan Syed Mohd Bakhor, Penolong Pengurus Besar Jabatan Pembangunan dan beberapa pegawai SC yang lain.

Mesyuarat bersetuju jalinan kerjasama ini akan berterusan demi kemaslahatan ummah dan satu bengkel akan diadakan bagi meningkatkan kefahaman bersama terutama dalam pembiayaan wakaf menerusi sukuk yang turut melibatkan pegawai-pegawai daripada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan agensi/jabatan yang berkaitan wakaf.

wakaf012a

Disediakan: Bahagian Wakaf

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top