Wakaf Coffee Talk
Putrajaya, 4 Disember 2020 – YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Pengarah JAWHAR, telah menghadiri Wakaf Coffee Talk: Permohonan untuk kelulusan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri di bawah Subseksyen 44(11D) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi wakaf secara atas talian (Google Meet).
Turut serta:
- YBrs. Tuan Suhaimi bin Saudi, Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR;
- YBrs. Tuan Hairolanuar bin Mohamad, Pengarah Bahagian Wakaf JAWHAR;
- YBrs. Tuan Yaacob bin Othman, Pengarah Bahagian Kelulusan dan Pemantauan, Jabatan Dasar Percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia; dan
- Para pegawai Bahagian Wakaf JAWHAR, Yayasan Waqaf Malaysia, MAIN dan Agensi berkaitan.