Awam Kerajaan Warga JAWHAR

WAKAF : BAHAGIA DUNIA AKHIRAT

jid2_09

Bahagian Wakaf dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan dan Penyelarasan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah menganjurkan program JAWHAR Intellectual Discourse (JID) Bil. 2/2015 pada 16 April 2015 bertempat di Auditorium Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya yang bertemakan “Bahagia Dunia Akhirat”.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Anan Bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR dan telah disertai oleh 633 orang peserta yang terdiri daripada penjawat awam sekitar Putrajaya dan juga pegawai-pegawai Majlis Agama Islam Negeri seluruh Malaysia.

Program JID pada kali ini diadakan dalam bentuk ceramah dengan menampilkan dua orang tetamu jemputan iaitu YBhg. Prof. Dr. Noor Inayah Binti Yaakub dari Universiti Islam Malaysia (UIM) dan YBhg. Dr. Nik Salida Suhaila Binti Nik Saleh dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

jid2_17 jid2_12

Tema kali ini membincangkan topik Wakaf yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang konsep dan kaedah wakaf dalam masyarakat islam. Ia bertujuan untuk memberi kefahaman yang jelas tentang kepentingan wakaf menurut perspektif Islam yang melibatkan harta yang diwakafkan dan harta tersebut digunakan untuk kepentingan Islam dan pewakaf tersebut akan mendapat pahala selagi harta tersebut digunakan ke jalan yang benar.

Program yang berlangsung selama setengah hari ini mendapat sokongan dan sambutan yang amat baik dan memberansangkan daripada peserta yang hadir. Majlis berakhir pada jam 12.30 tengahari dengan sesi penyampaian cenderahati oleh Ketua Pengarah kepada para tetamu jemputan.


 

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top