Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Kursus Kefahaman dan Aplikasi Standard MS ISO 9001: 2008

29 Ogos 2016 PUTRAJAYA – Satu Kursus Kefahaman dan Aplikasi Standard MS ISO 9001: 2008 telah diadakan di Bilik Gerakan, JAWHAR pada 29 hingga 30 Ogos 2016 oleh Unit Penyelidikan, Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa, Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR). Seramai 30 orang telah terlibat menjayakan kursus ini terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan di Jabatan.

jawhar-124 jawhar-151

Kursus Kefahaman dan Aplikasi Standard MS ISO 9001:2008 yang diadakan bertujuan untuk memantapkan tadbir urus dan pengurusan jabatan, memberi pemahaman dan penghayatan berkaitan Sistem Pengurusan Kualiti yang patuh syariah di kalangan warga JAWHAR. Kursus ini juga dapat memberi latihan berterusan (setiap tahun) kepada Juruaudit Dalam MS ISO JAWHAR mengenai proses pelaporan dan dokumentasi sistem pengurusan kualiti JAWHAR yang berkesan.

jawhar-144 jawhar-159

Sebanyak 5 Slot ceramah yang telah disampaikan oleh YBrs. Puan Mariam binti Mohamed Zin dan dibengkelkan meliputi isu-isu berkaitan Latar belakang pembangunan Standard ISO, Interpretasi dan Aplikasi Klausa Standard, Proses Perancangan/Pelaksanaan mendapat pensijilan dan pengenalan kepada ISO yang baru iaitu MS ISO 9001:2015.

jawhar-189

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 25 November, 2020 @ 5:01 PM
Top