Awam Kerajaan Warga JAWHAR

TAKLIMAT KESEDARAN PENIPUAN PAKEJ UMRAH DAN KURSUS BIMBINGAN UMRAH

DSC_0487

Tanggal 27 Januari 2015, buat julung kalinya JAWHAR telah mengadakan Taklimat Kesedaran Penipuan Pakej Umrah dan Kursus Bimbingan Umrah bertempat di Dataran JAWHAR, Tingkat 7 Parcel E2 Putrajaya kepada masyarakat umum.

Taklimat dan kursus ini pada dasarnya mensasarkan kakitangan awam yang berkhidmat di sekitar Putrajaya namun kehadiran peserta yang mendaftar untuk menyertai programĀ  yang dibuka secara atas talian ini amat memberangsangkan. Terdapat peserta yang hadir sejauh dari Sabah dan Sarawak serta dari utara dan selatan Semenanjung selain dari Lembah Klang.

DSC_0520 DSC_0433

Selaku ahli dalam Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) yang telah ditubuhkan pada 28 Ogos 2014, JAWHAR telah dipertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat tentang penipuan pakej umrah kepada masyarakat awam. Di atas inisiatif inilah Taklimat Kesedaran Penipuan Pakej Umrah dan Kursus Bimbingan Umrah di adakan.

Antara lain objektif program ini dijalankan ialah untuk memberi maklumat kepada peserta tentang kaedah-kaedah untuk memilih pakej umrah yang betul dan bersesuaian selain daripada membentangkan modus operandi golongan yang ingin mengambil kesempatan atas nama pakej umrah. Pada sesi Bimbingan Umrah pula pengetahuan amali dan praktikal ibadat umrah di Tanah Suci juga turut diadakan. Sesi taklimat dan Kursus ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Bakri Ibrahim mewakili Ketua Pengarah JAWHAR.

 


 

I once belonged to royalty, strolling https://essayclick.net/ along the lush pastures

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top