Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Umrah: Kembara Mencari Redha Allah

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah menganjurkan JAWHAR Intellectual Discourse (JID) Bil. 3/2012 dengan tema “Umrah: Kembara Mencari Redha Allah” pada 06 November 2012 bertempat di Auditorium Kompleks E, Putrajaya.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Muaz bin Haji Zawawi, Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR dan diikuti dengan pembentangan kertas kerja oleh dua orang ahli panel yang berkepakaran dalam isu pengendalian umrah iaitu YBhg. Tuan Haji Ayub bin Hassan, Presiden Persatuan Agen-agen Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera Malaysia(BUMITRA) dan YBhg. Ustaz Haji Hashim Fikri bin Haji Ahmad Shauki Al Jawi daripada Lembaga Zakat Selangor(MAIS).

Dua kertas kerja yang dibentangkan adalah bertajuk “Umrah: Ibadah Yang Dihayati” dan “Pengurusan Umrah di Malaysia”. Seramai lebih kurang 250 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada wakil daripada agen pengelola umrah serta para penjawat awam dari Kementerian-kementerian, Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi Persekutuan di sekitar Putrajaya.

Para peserta telah mengambil peluang bertanyakan soalan dan pandangan daripada para ahli panel semasa sesi soal jawab berlangsung serta telah memberikan maklum balas positif tentang program yang dilaksanakan melalui borang soal selidik yang disediakan. Semoga program ini dapat membantu para peserta untuk memahami dengan lebih mendalam tentang isu-isu berkaitan umrah terutamanya dalam memilih agensi pengelola untuk mengurus perjalanan umrah masing-masing bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

The unyielding layers http://justbuyessay.com/ of ice around my feet, wincing

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top