Awam Kerajaan Warga JAWHAR

KUNJUNGAN DELEGASI UIAM KE JAWHAR

 DSC_0204

Tanggal 2 April 2014 telah berlangsungnya sesi pertemuan JAWHAR bersama dengan delegasi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bertempat di Bilik Gerakan JAWHAR. UIAM telah dihadiri oleh Prof. Dr. Syed Khalid Rashid (Director of International Centre For Waqf Research), Prof. Dr. Sharifah Zubaidah (Deputy Director of International Centre For Waqf Research) dan Tn. Hj. Shamsul Azhar Mohd Yusof (Director of IIUM Endowment Fund). Tujuan pertemuan ini diadakan adalah sebagai satu inisiatif UIAM dalam memperkasakan institusi pewakafan di Negara ini melangkau ke luar negara khususnya Negara Turki. Bagi melengkapkan lagi tujuan pertemuan ini, satu taklimat ringkas berkaitan projek penanda aras pembangunan wakaf dan juga Persidangan Antarabangsa Wakaf yang akan diadakan bertempat di Istanbul Turki yang dijangka akan berlangsung pada 18hb – 20hb Jun 2014 di antara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan Fatih Sultan Mehmet Waqf University (FSMVU) dan T.R Prime Ministry, Directorate General of Foundations (DGF) telah disampaikan oleh Prof. Dr. Sharifah Zubaidah (Deputy Director of International Centre For Waqf Research).

Dalam ucapannya, Ketua Pengarah JAWHAR telah melahirkan rasa syabas dan berterima kasih atas kesudian pihak UIAM sebagai penganjur kepada program yang berprestij ini dengan mengambilkira dan meraikan penglibatan JAWHAR sebagai sebuah agensi di peringkat Persekutuan untuk menguar-uarkan aktiviti-aktiviti pewakafan dan pengalaman JAWHAR dalam membangunkan projek-projek hartanah wakaf meliputi bidang ekonomi, kebajikan, kesihatan, pendidikan dalam rangka menaiktaraf kehidupan masyarakat.

Selain itu, wakil kedua belah pihak turut bertukar-tukar pandangan mengenai pembangunan institusi wakaf di Malaysia dan JAWHAR mengambil kesempatan untuk memaklumkan pihak UIAM berhubung projek-projek pembangunan hartanah wakaf yang dilaksanakan JAWHAR termasuk pembinaan empat buah hotel yang dibangunkan di atas tanah wakaf. UIAM melahirkan rasa kagumnya atas inisiatif JAWHAR yang disifatkan sebagai perkembangan positif dalam usaha memantapkan institusi wakaf di negara ini.

Pertemuan ini berakhir dengan sesi bergambar dan sedikit kata-kata hikmat yang dinukilkan oleh Prof. Dr. Syed Khalid Rashid (Director of International Centre For Waqf Research) sebagai tanda ingatan yang ikhlas terhadap peranan yang dimainkan oleh JAWHAR.

DSC_0200 DSC_0196 DSC_0193

 

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.46 Subuh 5.56 Syuruk 07.09 Zohor 13.22 Asar 16.47 Maghrib 19.30 Isyak 20.45
Arab Saudi
Malaysia
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 21 September, 2021 @ 4:10 PM
Top