Awam Kerajaan Warga JAWHAR

UDA Maju Tanah Wakaf – Sedia Bekerjasama Dengan Majlis Agama Negeri, JAWHAR Laksana Projek Kediaman, Komersial

Sumber : Berita Harian 24 Oktober 2012

Kuala Lumpur: UDA Holdings Bhd menawarkan untuk menjadi rakan kongsi memajukan tanah wakaf berpotensi, terutama kawasan bandar di seluruh negara bagi membantu meningkatkan ekonomi umat Islam.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata pihaknya sedia bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri serta Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) untuk membangunkan tanah wakaf sebagai projek kediaman dan komersial.

Model pembangunan tanah wakaf ini ialah penyelesaian dan laluan terbaik kepada pembangunan tanah wakaf, terutama tanah wakaf am yang selama ini gagal dimajukan bagi manfaat umat Islam keseluruhannya,” – Datuk Nur Jazlan Mohamed, Pengerusi UDA Holdings Bhd

Pembiayaan syariah Katanya, UDA Holdings sebelum ini berjaya membangunkan model pembangunan tanah wakaf am berlandaskan konsep pembiayaan Ijarah bagi projek tanah wakaf Setee Aishah di Seberang Jaya, Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

“Model pembangunan tanah wakaf ini ialah penyelesaian dan laluan terbaik kepada pembangunan tanah wakaf, terutama tanah wakaf am yang selama ini gagal dimajukan bagi manfaat umat Islam keseluruhannya.

“Tanah wakaf tidak boleh dijual kepada mana-mana pihak dan ia menjadi kekangan utama sehingga menyebabkan banyak tanah wakaf gagal dimajukan terutama di bandar,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan UDA Holdings, Ahmad Abu Bakar dan Naib Presiden Kanan UDA Property Development, Shytul Shahryn Mohamed Shaari.
Mengikut laman web JAWHAR, keluasan tanah wakaf am dan khusus terkini ialah 11,091.82 hektar bernilai RM1.177 bilion. Daripada jumlah itu, tanah wakaf am seluas 4,836.50 hektar, manakala tanah wakaf khusus 6,255.33 hektar.

Johor ialah negeri mempunyai keluasan tanah wakaf tertinggi, iaitu 3,152.30 hektar bernilai RM7 juta, diikuti Terengganu 2,460.24 hektar bernilai RM42.6 juta.

Sedia bekerjasama

Nur Jazlan berkata, UDA Holdings sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk membangunkan tanah wakaf supaya Bumiputera mampu memiliki kediaman serta premis perniagaan pada kadar harga rendah dan berpatutan.

Pada masa ini, UDA Holdings sedang mengadakan perbincangan untuk membangunkan tanah wakaf dengan majlis agama Islam Selangor dan Johor.

“Ini bagi membuktikan komitmen berterusan UDA Holdings memastikan pelan tindakan agenda Bumiputera mencapai matlamat, iaitu mengurangkan jurang pemilikan hartanah antara Bumiputera dan bukan Bumiputera di bandar,” katanya.

Tandatangani perjanjian

Mengenai projek tanah wakaf Setee Aishah yang bernilai RM24 juta, beliau berkata, UDA Land North Sdn Bhd menandatangani perjanjian usaha sama dengan MAINPP bagi membangunkan bangunan pusat perniagaan tiga tingkat yang mempunyai 27 lot kedai dan 76 unit teres dua tingkat pada 2007.

Katanya. UDA Land bertindak sebagai pemaju dan menjual 76 unit kediaman pada harga RM281,000 hingga RM439,000 seunit, manakala bangunan pusat perniagaan diserahkan kepada MAINPP.

“Bagaimanapun, semua unit kediaman dipajak 99 tahun kerana urusan pembelian tidak membabitkan Seksyen 14A Kanun Tanah Negara (KTN), iaitu tiada sebarang pindah milik atau jual beli hartanah,” katanya.

Sumber : Berita Harian 24 Oktober 2012

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 25 November, 2020 @ 5:01 PM
Top