Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu !

12 Mei 2012 (Sabtu), MAEPS, SERDANG – Demikianlah yang ditentukan Allah s.w.t kepada Mat Saad Saari, 51 tahun, seorang penganggur dan merupakan salah seorang penerima bantuan zakat MAIWP.

Beberapa bulan yang lalu sewaktu bersiar-siar di Dataran Merdeka, tanpa diduga perbualannya dengan seorang lelaki telah membawanya ke Daruzzakah MAIWP. Ketika itu fikirannya kusut memikirkan kehidupannya yang tidak menentu tanpa pendapatan tetap ditambah dengan tuntutan kehidupan di kota besar Kuala Lumpur yang segala-galanya memerlukan wang.  Setelah mendengar kisah suka duka dan keperitan hidupnya di Kuala Lumpur, lelaki tersebut mencadangkan kepadanya untuk mendapatkan bantuan di Baitulmal MAIWP. Kehadirannya ke Daruzzakah, ibu pejabat Baitulmal MAIWP mendapat layanan mesra kakitangannya. Beliau terus diberikan bantuan segera dan MAIWP mendaftarkannya sebagai salah seorang asnaf atau penerima bantuan zakat MAIWP. Dengan data pendaftarannya itu, pihak Baitulmal MAIWP telah mengatur kehadirannya ke Karnival Azam Kerja yang diadakan di MAEPS, Serdang pada 12 Mei 2012 yang lalu hasil penyelarasan dan kerjasama pihak Bahagian Zakat, JAWHAR.

Alhamdulillah penyertaannya ke karnival ini dan usaha pihak Baitulmal MAIWP untuk membantunya tidak sia-sia. Hasilnya, setelah melalui proses temuduga terbuka (walk-in interview) di karnival ini beliau telah ditawarkan bekerja di salah sebuah syarikat swasta di Kuchai Lama, Kuala Lumpur dengan tawaran gaji sebanyak RM1450.00 sebulan. Beliau memaklumkan bahawa pihak syarikat tersebut telah bersetuju agar beliau terus melaporkan diri dan memulakan pekerjaan barunya itu sehari kemudian iaitu pada 14 Mei 2012 (Isnin).

Demikianlah detik kejayaan salah seorang peserta Karnival Azam Kerja Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di MAEPS, Serdang beberapa hari yang lalu. Karnival ini adalah antara usaha penyelarasan dan kerjasama Bahagian Zakat, JAWHAR bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membantu Majlis Agama Islam Negeri mempelbagaikan program bantuan zakat kepada golongan asnaf. Ia adalah anjuran rakan strategiknya iaitu Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan atau lebih terkenal dengan JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia. Bersempena karnival ini juga, Bahagian Zakat JAWHAR telah membuka booth pameran bagi memperkenal dan mempromosi JAWHAR kepada ahli masyarakat. Maklumbalas yang diterima daripada pengunjung menunjukkan bahawa masih ramai lagi masyarakat di luar sana belum mendapat maklumat yang jelas mengenai JAWHAR terutama mengenai fungsi dan peranannya. Sedikit sebanyak pameran ini telah berjaya membuka mata dan pengetahuan am pengunjung berkaitan kewujudan JAWHAR dan sumbangan serta peranannya kepada masyarakat Islam khasnya dan negara amnya.

Karnival ini sengaja diatur oleh JobsMalaysia bersempena Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2012 yang diadakan di MAEPS, Serdang, Selangor dengan penyempurnaan majlis perasmiannya oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak. Program sehari ini turut disertai pelbagai agensi kerajaan lain seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Penjara, Jabatan Kemajuan Orang Asli dan lain-lain. Setiap agensi membawa para peserta masing-masing yang terdiri daripada golongan miskin dan berpendapat rendah. Mereka dikumpulkan di dalam program ini bagi memberikan peluang tawaran pekerjaan, latihan kemahiran dan penjanaan pendapatan tambahan. Sumber pihak menganjur memaklumkan bahawa karnival ini telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 40 buah booth agensi kerajaan dan swasta dan mencatatkan kehadiran pengunjung lebih daripada 3000 orang.

Matlamat akhir program ini ialah untuk meningkatkan pendapatan golongan berpendapat rendah dan mengurangkan jurang kemiskinan di kalangan masyarakat sepertimana yang terkandung di dalam gagasan YAB Perdana Menteri melalui program NKRA.

Bahagian Zakat JAWHAR sentiasa positif dengan program ini akan memberikan impak yang memberangsangkan kepada para peserta. Justeru, JAWHAR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada MAIWP dan LZS yang memberikan kerjasama yang baik menjayakan karnival ini. Lebih-lebih lagi kepada pihak penganjur iaitu JobsMalaysia yang bertungkus lumus dan gigih memastikan kelancaran perjalanan karnival kali ini. Semoga semangat “smart-pertnership” melalui konsep “blue-ocean” ini dapat diteruskan dengan lebih baik demi kebaikan ummah dan warga Malaysia yang memerlukan.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.39 Subuh 5.49 Syuruk 07.01 Zohor 13.19 Asar 16.14 Maghrib 19.39 Isyak 20.38
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 16 Jun, 2021 @ 3:30 AM
Top