TRAILER IKON ASNAF 2016
“Saksikan Dokumentari Al-Barakah Ikon Asnaf Zakat Musim Ke-2 yang bersiaran setiap Ahad jam 6.30 petang di TV1 (RTM) mulai 25 Disember 2016.
Dokumentari 14 episod ini adalah terbitan bersama JAWHAR dan JAKIM dengan kerjasama semua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) memaparkan kejayaan asnaf keluar dari kepompong kemiskinan melalui aktiviti perniagaan yang mereka usahakan dari bantuan zakat yang diterima.
Ayuh kita tonton beramai-ramai dokumentari ini sebagai sokongan kepada usaha membantu asnaf melalui zakat yang dibayar oleh muslimin muslimat sekalian. ”