Awam Kerajaan Warga JAWHAR

KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA JABATAN PERDANA MENTERI KE JAWHAR

Putrajaya 24 September 2013 – Satu kunjungan hormat telah dilakukan oleh YBhg. Datuk Borhan bin Dolah, Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU), Jabatan Perdana Menteri ke JAWHAR. Kehadiran beliau disambut oleh YBhg. Datuk Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR dan YBrs. Tuan Hj. Mu’az bin Hj. Zawawi, Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR. Ini adalah majlis yang diadakan khas atas permintaan beliau dan ia merupakan lawatan pertama beliau ke JAWHAR.    

Majlis telah diadakan di Bilik Gerakan pada jam 9:30 pagi dimulai dengan kata-kata aluan oleh YBhg. Datuk Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR yang mengucapkan selamat datang kepada YBhg. Datuk Borhan bin Dolah sebagai tetamu yang diraikan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada YBhg. Datuk Borhan bin Dolah atas kesudian untuk melakukan lawatan hormat ke JAWHAR yang menunjukkan keprihatinan pihak Pengurusan Tertinggi JPM terhadap agensi-agensi di bawahnya.  

 

Majlis kemudian mempersilakan YBhg. Datuk Borhan bin Dolah untuk menyampaikan ucapan. Beliau memulakan ucapan dengan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak JAWHAR atas sambutan hangat dan layanan mesra yang diberikan. Beliau menarik perhatian semua warga JAWHAR tentang penggunaan perkataan “kunjungan hormat” yang disifatkannya sebagai terlalu tinggi. Jika boleh, beliau mahu istilah ini ditukar dengan nama “lawatan kerja” sahaja. Beliau menarik perhatian seluruh hadirin dengan ucapan yang penuh dengan nasihat tetapi amat bersahaja.

Beliau menyatakan hasrat melakukan kunjungan ke JAWHAR adalah untuk mempelajari bidang-bidang teras JAWHAR. Selama ini beliau hanya mendengar saja berita-berita mengenai JAWHAR tetapi tidak mengetahui dengan lebih lanjut dan mendalam. Memandangkan JAWHAR diletakkan di bawah bidang kuasa beliau, maka menjadi keperluan kepada beliau untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan bidang tugas JAWHAR yang meliputi bidang wakaf, zakat dan haji.  Beliau turut menasihatkan agar warga JAWHAR mengurangkan protokol dan formaliti yang boleh memudahkan urusan kerja. Walaupun formaliti penting dalam urusan kerja, namun jika ada ruang-ruang yang boleh dipermudahkan maka ia amat digalakkan kerana ada perkara yang boleh diselesaikan dalam bentuk yang tidak formal.

 

Beliau turut menyentuh tentang peminjaman lima orang warga JAWHAR ke Jabatan Perdana Menteri (JPM). Menurut beliau, perkara ini boleh diatasi dengan meningkatkan keupayaan dan kapasiti pegawai sedia ada di JAWHAR. Peminjaman ini merupakan satu bentuk bantuan JAWHAR kepada JPM dan ia diibaratkan sebagai seorang bapa yang meminjam duit daripada anaknya.

 

Majlis berakhir dengan sesi penyampaian cenderamata sebagai kenang-kenangan oleh YBhg. Datuk Haji Anan C. Mohd kepada YBhg. Datuk Borhan bin Dolah pada jam 11.00 pagi.

 

 


Disediakan oleh: En. Abdul Halim Sunny

Pengarah Pengurusan, JAWHAR

Five of us http://writemyessay4me.org/ sport shorts and sunglasses in a foolish attempt

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.41 Subuh 5.51 Syuruk 07.07 Zohor 13.15 Asar 16.22 Maghrib 19.20 Isyak 20.29
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 28 September, 2020 @ 2:56 PM
Top