Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Taklimat Transformasi Pengurusan Harta dan Pusaka di Malaysia

Pada 22 Mei 2012 bersamaan 1 Rejab 1433H, bertempat di Bilik Gerakan JAWHAR, satu taklimat berkaitan pusaka telah diadakan dengan kerjasama Wasiyyah Shoppe Sdn. Bhd. Taklimat yang dihadiri lebih kurang 30 orang pegawai dan kakitangan JAWHAR itu adalah bertujuan memberi penerangan tentang proses pengurusan harta dan pusaka di Malaysia.

Taklimat tersebut disampaikan oleh Encik Sallehudin bin Arif selaku Ketua Pembangunan Usahawan dari Wassiyah Shoppe Sdn. Bhd. yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan harta dan pusaka. Beliau menerangkan permasalahan yang sering terjadi dalam urusan pengurusan harta pusaka. Kemuafakatan di kalangan waris-waris adalah paling penting bagi memudahkan serta mempercepatkan proses tuntutan. Perbalahan serta sikap tidak ambil tahu ahli waris adalah antara punca kes-kes tuntutan yang berlarutan hingga bertahun lamanya. Ini menyebabkan harta tersebut beku dan tidak dapat dimanfaatkan oleh ahli waris sekaligus membebankan ahli waris yang memerlukan bantuan seperti isteri yang kematian suami ataupun anak-anak yang kematian ibu atau bapa.

Proses perundangan yang rumit juga menjadi antara punca kecelaruan dalam pengurusan harta yang ditinggalkan. Kebanyakan ahli waris tidak mengetahui proses-proses yang perlu dilalui. Satu lagi permasalahan yang dikenalpasti adalah yuran pengurusan yang tinggi bagi menguruskan harta pusaka. Akta Probet dan Pentadbiran 1959 membenarkan sehingga 5% daripada nilai harta pusaka dikenakan sebagai yuran pengurusan harta. Kesemua yuran ini dianggap sebagai bebanan dan sekali gus melambatkan proses tuntutan. Namun begitu, dengan perancangan yang tepat serta ilmu pengetahuan tentang pengurusan harta, proses tuntutan ini dapat dijalankan dengan lancar tanpa memakan masa yang lama.

Only one blissful instant, and then http://justbuyessay.com/ it all makes sense

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.34 Subuh 5.44 Syuruk 07.04 Zohor 13.06 Asar 16.28 Maghrib 19.03 Isyak 20.17
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 2 Disember, 2020 @ 8:56 AM
Top