Awam Kerajaan Warga JAWHAR

TAKLIMAT KESEDARAN PENIPUAN PAKEJ UMRAH DAN KURSUS BIMBINGAN UMRAH SIRI 2/2015

   IMG_0779

Tanggal 10 Mac 2015, buat kedua kalinya JAWHAR telah mengadakan Taklimat Kesedaran Penipuan Pakej Umrah dan Kursus Bimbingan Umrah bertempat di Dataran JAWHAR, Tingkat 7 Parcel E2 Putrajaya kepada masyarakat umum.

Taklimat dan kursus ini pada dasarnya mensasarkan kakitangan awam yang berkhidmat di sekitar Putrajaya namun kehadiran peserta yang mendaftar untuk menyertai program yang dibuka secara atas talian ini amat memberangsangkan. Terdapat peserta yang hadir sejauh dari selatan tanah air iaitu Negeri Johor Darul Takzim selain peserta dari Lembah Klang sendiri.

Selaku ahli dalam Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) yang telah ditubuhkan pada 28 Ogos 2014, JAWHAR telah dipertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat tentang penipuan pakej umrah kepada masyarakat awam. Di atas inisiatif inilah Taklimat Kesedaran Penipuan Pakej Umrah dan Kursus Bimbingan Umrah di adakan.

Antara lain objektif program ini dijalankan ialah untuk memberi maklumat kepada peserta tentang kaedah-kaedah untuk memilih pakej umrah yang betul dan bersesuaian selain daripada membentangkan modus operandi golongan yang ingin mengambil kesempatan atas nama pakej umrah.  Taklimat kempen kesedaran Penipuan Umrah ini telah disampaikan dengan begitu berkesan oleh al-Fadhil Ustaz Mohd Faizal bin Abdul Hamid Ketua Penolong Pengarah Unit Umrah JAWHAR.IMG_0788

Objektif Kursus Bimbingan Umrah diadakan pula adalah untuk memberi pengetahuan tentang ibadat umrah yang dilakukan di Tanah Suci. Kursus bimbingan umrah yang disampaikan telah dilaksanakan secara teori dan praktikal.

IMG_0800IMG_0802

Program yang bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.45 tengahari ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah JAWHAR iaitu Dato’ Anan bin C. Mohd. IMG_0777

The photograph, the the very post castle in the background?

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.34 Subuh 5.44 Syuruk 07.04 Zohor 13.06 Asar 16.28 Maghrib 19.03 Isyak 20.17
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 2 Disember, 2020 @ 8:56 AM
Top