Awam Kerajaan Warga JAWHAR

TAKLIMAT KESEDARAN PENIPUAN PAKEJ UMRAH DAN KURSUS BIMBINGAN UMRAH DI PULAU LAGENDA

Taklimat Kesedaran Penipuan Pakej Umrah dan Kursus Bimbingan Umrah diteruskan lagi oleh Unit Umrah Bahagian Penyelidikan dan Kerjsama Antarabangsa (BPKA) JAWHAR. Untuk sesi pada kali ini iaitu pada sesi bulan November dan yang terakhir bagi kalender tahun 2015, JAWHAR telah berkolaberasi dengan Pejabat Agama Langkawi atau lebih tepat lagi Bahagian Penyelarasan Masjid Daerah Langkawi.

Sesi taklimat di Labuan telah diadaklangkawi 3an dengan jayanya pada 9 November 2015 bertempat di Masjid Nur al-Hidayah, Kelibang. Sebagaimana sebelumnya, taklimat ini bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang gejala penipuan pakej umrah yang berleluasa ketika ini. Selain dari taklimat penipuan, Kursus Bimbingan Umrah juga diberikan kepada peserta yang hadir.

Sesi taklimat tersebut telah dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Pegawai Penyelaras Bahagian Pengurusan Masjid, Pejabat Agama Langkawi iaitu Tuan Haji Ismail bin Mohd Nor serta disusuli dengan Ucapan Perasmian oleh Pengarah (BPKA) YBhg. Tuan Haji Mohd Bakri bin Ibrahim. Sesi taklimat berakhir dengan penyampaian cenderahati oleh YBhg. Pengarah BPKA kepada Tuan Haji Ismail bin Mohd Nor sebagai tanda kenang-kenangan di atas kerjasama yang diberikan oleh Pejabat Agama Langkawi kepada JAWHAR.

Rata-rata peserta yang hadir begitu gembira dengan program seumpama ini kerana ianya amat berfaedah dari segi info-info berkaitan pemilihan pakej umrah yang bersesuaian dan ibadat umrah yang mudah dipelajari. Selain itu, peserta yang hadir juga amat berharap program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.

????????????????

????????????????

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top