Awam Kerajaan Warga JAWHAR

TAKLIMAT DIGITAL DOCUMENT MANAGEMENT SYSTEM (DDMS) OLEH MAMPU

Putrajaya, 21 Februari 2017 – Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR) dalam usaha memantapkan pengurusan dokumen dan surat menyurat jabatan. Antara sistem yang dicadang untuk diguna pakai adalah Digital Document Management System (DDMS) inisiatif oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

jawhar 035

jawhar 030

Satu taklimat berkaitan berkaitan DDMS telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JAWHAR, Encik Ahmad Musadad Bin Haji Sulaiman bertempat di Dewan Syura Utama Jannatul Firdaus, JAWHAR. Taklimat telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Aplikasi, Encik Kamarulzaman bin Mat Zain dan Encik Mohd Saufi Bin Samsudin, Pegawai Arkib dari MAMPU. Taklimat bertujuan untuk memberi penerangan kepada pihak pengurusan JAWHAR tentang fungsi sebenar DDMS serta kesesuaian penggunaannya di JAWHAR.

jawhar 016

jawhar 023

Sistem DDMS 2.0 adalah perisian yang bertujuan untuk menyimpan, mengesan, dan mengindeks semua rekod elektronik dan kertas dan menyimpannya secara elektronik dalam bentuk rekod. Kelebihan yang ditawarkan DDMS 2.0 antaranya adalah:
• Menggantikan penggunaan rekod fizikal kepada rekod digital;
• Menghapuskan penggunaan kertas secara berperingkat;
• Membolehkan rekod digital dan rekod fizikal di simpan dan diselenggara secara elektronik;
• Menggunakan teknologi cloud computing, DDMS boleh diakses 24/7 melalui internet seterusnya dapat meningkatkan keboleh akses maklumat kerajaan;
• meminimumkan pembaziran sumber; dan
• Meningkatkan ketelusan perkhidmatan kerajaan
DDMS mematuhi MS ISO 16.175-2:2012 Prinsip dan Keperluan Fungsian bagi Maklumat dan Dokumentasi untuk rekod dalam persekitaran pejabat elektronik.

jawhar 021

Cadangan pelaksanaan DDMS adalah antara komitmen JAWHAR yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk peningkatan penyampaian pekhidmatan JAWHAR selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri menjadikan 2017 sebagai “year of delivery” iaitu melaksanakan projek, program, perkhidmatan untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta negara.

All DDMS

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top