Awam Kerajaan Warga JAWHAR

TAKLIMAT DASAR KESELAMATAN ICT (DKICT) JAWHAR

Putrajaya, 19 Januari 2018 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah mengadakan Taklimat Dasar Keselamatan ICT (DKICT) versi 3.0 JAWHAR bagi meningkatkan tahap kesedaran warga JAWHAR mengenai tahap keselamatan ICT dan pemahaman mengenai Dasar Keselamatan ICT (DKICT) bertempat di Dewan Syura Utama Jannatul Firdaus JAWHAR.

 

Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Maklumat, JAWHAR iaitu Pn. Afidah binti Haji Mohd Isa. Seramai 45 warga JAWHAR telah hadir dalam taklimat tersebut yang diadakan selepas Majlis Bacaan Yassin Mingguan JAWHAR. Turut hadir ialah Yang Berusaha Tuan Haji Ahmad Musadad bin Haji Sulaiman, Ketua Pengarah JAWHAR dan Tuan Haji Jaafar bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah, JAWHAR merangkap Ketua Pegawai Maklumat (CIO) di JAWHAR.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sesi taklimat yang mengambil masa selama 1 jam ini mendapat maklumbalas positif warga JAWHAR dimana sesi soal jawab turut diadakan bagi memberi ruang kepada mereka untuk berkongsi pendapat dan bertanyakan soalan khusus berkaitan Dasar Keselamatan ICT di JAWHAR.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.38 Subuh 05.48 Syuruk 07.02 Zohor 13.10 Asar 16.14 Maghrib 19.12 Isyak 20.20
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 24 September, 2018 @ 9:56 AM
Top